Jadikan pengajaran! 10 pelajar MRSM terlibat buli ditamatkan pengajian. Berikut kronologinya

A
A
A

BARU-BARU ini negara digemparkan dengan satu kes buli melibatkan pelajar sekolah berasrama penuh.

Kes tersebut terbongkar apabila video berdurasi 10 saat tular dalam media sosial yang memaparkan seorang pelajar dikepung rakan-rakannya di dalam bilik asrama dengan mangsa ditumbuk di bahagian perut.

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Video tersebut menjadi perhatian warga maya dengan rata-rata mengecam tindakan pelajar-pelajar berkenaan yang membuli mangsa.

Hasil siasatan polis, kejadian buli membabitkan pelajar Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Sultan Azlan Shah, Kuala Kangsar, Perak pada minggu lalu.

Berikutan itu, hari ini Jawatankuasa Disiplin Maktab (JDM) menamatkan pengajian 10 pelajar yang dikenal pasti terlibat.

Ketua Pengarah Majlis Amanah Rakyat (Mara), Datuk Azhar Abdul Manaf berkata, mesyuarat JDM telah mengkaji kes tersebut dengan teliti dan mengambil keputusan menamatkan pengajian pelajar terbabit berkuat kuasa hari ini.

Katanya, keputusan penamatan pengajian itu dibuat berdasarkan garis panduan dalam Panduan Pengurusan Disiplin Pelajar MRSM.

Ujar beliau, keputusan tersebut diharap bukan sahaja menjadi satu pengajaran kepada pelajar yang terlibat, tetapi juga kepada pelajar-pelajar yang lain agar tidak berlaku lagi perbuatan salah laku di mana-mana institusi pendidikan di bawah Mara.

Jadikan pengajaran! 10 pelajar MRSM terlibat buli ditamatkan pengajian. Berikut kronologinya

Sementara itu, menurut Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid, ini kronologi kejadian tersebut;

1. Punca kejadian tersebut didedahkan hasil siasatan dan keterangan diperoleh daripada mangsa buli berkenaan yang berusia 13 tahun.

2. Hasil siasatan mendapati punca pergaduhan adalah disebabkan mangsa dikatakan menasihati seorang daripada suspek supaya tidak menonton video lucah di telefon bimbit.

3. Mangsa juga dikatakan akan mengadukan hal itu kepada guru atau warden jika suspek terus menonton.

4. Dikatakan perkara itu telah menjadi punca bahawa mangsa telah dipukul kerana suspek yang berusia 15 tahun telah marah akan teguran itu.

5. Suspek itu kemudian mengarahkan enam rakannya untuk mengepung sebelum mangsa ditumbuk dan juga ditendang.

6. Polis telah melakukan tangkapan dan merakam percakapan 10 pelajar, iaitu sembilan pelajar berusia 13 tahun manakala seorang 15 tahun yang terlibat dan bersubahat dalam insiden itu.

7. Kesemua mereka ditahan pada 10 dan 11 Disember lepas dan telah dibebaskan dengan jaminan polis pada keesokan harinya.

8. Polis turut merampas 11 unit telefon bimbit yang akan dihantar ke jabatan forensik untuk melihat kandungan di dalamnya.

Baca juga 5 info Ronapreve yang perlu anda tahu, ubat cegah dan rawat Covid-19, lulus pendaftaran bersyarat KKM

9. Polis akan merujuk kes kepada Timbalan Pendakwa Raya dan Jabatan Peguam Negara untuk tindakan lanjut sebaik selepas semua siasatan selesai.

10. Mangsa kini dirawat di sebuah hospital di Selangor dan keadaannya stabil tanpa kecederaan serius namun masih dirawat di hospital untuk pemantauan doktor.

11. Berdasarkan pemeriksaan doktor, mangsa ada mengalami kecederaan tisu lembut dalam badan.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca