Jalan raya sesak balik kampung? Mungkin 8 cara ini boleh membantu ‘hadap’ jem

MASA balik kampung kembali tiba. Kali ini jalan dan lebuh raya dijangka lebih sesak.

Lebih banyak kenderaan akan berada di jalan dan lebuh raya dalam tempoh ini kerana tarikh cuti sekolah yang serentak dengan cuti kaki tangan kerajaan dan swasta.

Kesesakan jalan raya merupakan mimpi ngeri bagi kebanyakan pemandu. Pastinya perjalanan balik kampung tahun ini memang mencabar.

Kesesakan ini pasti merupakan sesuatu yang menggusarkan terutama bagi keluarga yang akan merentasi pelbagai negeri.

Mungkin anda boleh mengikuti tip dan persiapan yang perlu dibuat bagi mengharungi perjalanan yang mencabar ini.

1. Rancang perjalanan

Rancang perjalanan dengan baik. Cuti yang serentak oleh sekolah dan kakitangan awam dan swasta menyebabkan agak sukar mencari window yang terbaik dari segi kebarangkalian kurang kenderaan di jalan.

Namun, keluarga di negeri Kedah, Johor, Kelantan dan Terengganu harus memanfaatkan petang Khamis, malam Jumaat atau awal pagi Jumaat untuk memulakan perjalanan awal agar tidak bertembung dengan pengguna jalan raya yang hanya mula bercuti pada petang Jumaat atau hari Sabtu.

Baca juga Balik kampung elak memandu waktu-waktu ini, microsleep boleh membunuh!

Berhadapan pembuli jalan raya, ini apa yang anda perlu lakukan

2. Anggar masa perjalanan

Anggarkan masa perjalanan yang mencukupi dengan mengambil kira kesesakan yang bakal ditempuh.

Untuk perjalanan rentas semenanjung, berikan dua kali ganda masa perjalanan yang biasa diperlukan pada bukan musim perayaan. Ini membolehkan kita bersabar dan tidak keluh-kesah ketika memandu.

3. Memandu malam, awal pagi

Sebahagian pemandu yang selesa memandu pada waktu malam atau awal pagi boleh memanfaatkan waktu berkenaan yang dijangka kurang sesak, namun keselamatan harus diutamakan. Pandu hanya jika anda yakin selamat.

4. Guna peranti navigasi

Gunakan peranti navigasi seperti Waze dan Google Maps. Pada masa dahulu tanpa telefon pintar dan aplikasi navigasi, hanya merancang perjalanan dengan peta yang dibeli di stesen minyak. Kini semua itu hanya menjadi kenangan.

Aplikasi yang canggih telefon pintar memudahkan kita mencari laluan yang terbaik. Perancangan juga harus menimbangkan menggunakan laluan alternatif termasuk jalan-jalan kampung dan laluan pantai selain daripada lebuh raya.

Baca juga Jangan terlalu seronok sangat sampai lupa bab keselamatan atas jalan raya. Ini yang perlu dilakukan

Waze kini tampil dengan kemaskini Moods yang comel giler!

5. Elak singgah kawasan rehat dan rawat (R&R)

Rancang tempat singgah rehat, makan atau solat tanpa menggunakan R&R.

Iklan

Pada musim perayaan seperti ini, besar kemungkinan R&R penuh sesak dengan kenderaan. Rancanglah untuk singgah di pekan kecil di luar lebuh raya. Bawa bekal makanan, minuman dan air bersih yang mencukupi.

Misalnya, elakkan singgah di R&R Machap, sebaliknya manfaatkan kemudahan di pekan Simpang Renggam dan Air Hitam. Begitu juga, keluar ke Bandar Meru Raya dekat tol Jelapang lebih selesa daripada bersesak di R&R Sungai Perak.

6. Servis kenderaan

Pastikan kenderaan dalam keadaan baik, telah diservis.

Tayar dan tayar gantian serta perkakas gantian tayar dalam keadaan baik. Pastikan juga baki kad Touch ‘n Go atau RFID telah disi dengan amaun yang mencukupi untuk perjalanan pergi balik. Perlu diingat, kini tiada lagi lorong top-up.

Baca juga Elektrik punca kebakaran tertinggi, 6 perkara wajib buat sebelum tinggal rumah balik kampung

7. Berhemah memandu

Iklan

Memandulah dengan berhemah, bersabar dan sentiasa mengikuti undang-undang jalan raya.

8. Doa musafir

Akhir sekali jangan lupa membaca doa musafir dan memperbanyakkan zikir, istighfar dan selawat di sepanjang perjalanan kita.

Semoga perjalanan anda dipermudahkan dan selamat ke destinasi.

Sumber: Prof Dr Omar Yaakob

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.