Jangan biar diri terseksa dengan mitos penjagaan kesihatan tak relevan - Dr Imelda

A
A
A

FIGURA Prof Dr Imelda Nasreen Nasruddin @ Balchin yang sering bercakap berkenaan mitos penjagaan kesihatan tidak perlu diperkenalkan lagi.

Beliau yang mempunyai ramai pengikut di semua platform media sosial tidak pernah jemu mempromosi gaya hidup sihat lebih-lebih lagi dalam kalangan wanita.

Pengalamannya selama 27 tahun dalam bidang perubatan dan pernah bertugas di beberapa hospital di dalam dan luar negara telah banyak membantu pesakit terutamanya berkenaan kehamilan yang berisiko tinggi.

Terbaharu, Dr Imelda yang kini berkhidmat sebagai Pakar Kehamilan Berisiko Tinggi di Hospital Pakar Damansara 2 telah menubuhkan Pusat Pencegahan Kelahiran Pramatang yang pertama di Malaysia pada 2022.

Dalam pada itu, minatnya yang mendalam bidang Obstetrik dan Ginaekologi dapat dilihat menerusi hasil penyelidikan dan buku ilmiah yang dihasilkannya sejak berkhidmat di United Kingdom lagi.

“Terkini, saya menulis dua buah buku yang bukan hanya bermanfaat untuk doktor malah kepada masyarakat.

“Karya Mai Chek Nak Habaq Jilid 1 dan 2 yang diterbitkan pada Disember lalu ditulis secara santai supaya masyarakat dapat memahami tentang perubatan, kehamilan dan menjauhi penyakit,“ tuturnya.

Walaupun telah memotret banyak kisah hebat, Dr Imelda sangat merendah diri apabila mengakui beliau masih belum mencapai kejayaan.

“Terus berusaha dan tidak boleh rasa riak. Sekiranya kita berasa sudah mencapai kecemerlangan besar, perkara itu akan membuatkan kita terlampau relaks dan tidak mahu berusaha.

Dalam pada itu, Dr Imelda yang merupakan profesor di KPJ Healthcare University berkata, seseorang perlu mengamalkan gaya hidup aktif dengan sentiasa bersukan.

Kongsi wanita berusia 53 tahun itu, dirinya sendiri membuktikannya apabila masih aktif menyertai marathon dan sedang dalam persediaan menyertai London Marathon pada bulan hadapan.

Berkenaan peranan wanita masa kini, Dr Imelda berkata, seorang wanita perlu lebih bersemangat untuk menjaga diri sendiri, tidak senang dibuli dan perlu berani membuat keputusan.

“Saya mendapati masyarakat kita suka meminta kebenaran untuk melakukan sesuatu perkara.

“Sebagai orang dewasa, wanita sepatutnya menjadi wanita berdaya, ada keyakinan diri, boleh berfikir untuk membuat keputusan kepada diri sendiri.

"Jangan membiarkan diri terseksa dengan mitos-mitos penjagaan kesihatan orang dulu-dulu yang tidak relevan untuk zaman sekarang,“ katanya.

Baca juga: Sinar Harian pilih 10 Wanita Inspirasi Malaysia

Baca juga: Kit Typhidot bantu lebih 2 juta manusia seluruh dunia. Jadi harta berharga Profesor Emerita Datuk Dr Asma Ismail

- INFO

Nama: Prof Dr Imelda Nasreen

Nasruddin @ Balchin

Jawatan: Pakar Kehamilan Berisiko Tinggi di Hospital Pakar Damansara 2

Pencapaian:

Harold Malkin Award Best Original Research daripada Royal College Obstetricians and Gynaecologist, United Kingdom

British Medical Association Award for best medical book ‘Training in Obstetrics & Gynaecology‘

Anugerah Best Health Advocate on Social Media oleh KKM

Anugerah Buku Negara 2019

Sudah berlari marathon 42.2km sebanyak 33 kali

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca