Jangan bunuh semut, 'tegurlah' mereka supaya berpindah
SEMUT sejenis serangga unik dan dianggap binatang paling rajin di muka bumi.
Serangga yang biasa hidup berkumpulan itu juga sangat istimewa sehinggakan tercatat kisahnya yang tersendiri bersama Nabi Sulaiman AS.
Jangan lupa follow Sinarplus di Instagram!
Semut makhluk ALLAH yang tidak pernah tidur, sentiasa bekerja dan sentiasa berzikir.
Dalam al-Quran juga ada menceritakan mengenai kisah semut iaitu surah An-Nami. Semut adalah rakyat Nabi Sulaiman AS.
Jika kita melihat banyak semut di dalam rumah, janganlah dibunuh dengan racun serangga atau diinjak, cara yang sebenarnya adalah tegurlah semut itu untuk berpindah.
Boleh amalkan ayat ini untuk teguran;
"Assalamualaikum rakyat Nabi Sulaiman, ini rumahku, aku mahu kebersihan. Kamu adalah makhluk ALLAH. Buatlah sarangmu di luar berdampingan dengan rumahku agar kamu selamat."
Insya-ALLAH selepas itu semut akan hilang.
Walau bagaimanapun, Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan menjelaskan bahawa serangga tersebut boleh dihapuskan jika memberi ancaman terhadap kita.
"Berdasarkan apa yang telah dinyatakan, kami lebih cenderung kepada pendapat yang diboleh membunuh semut ini jika ia membawa mudarat kepada kita."Sekiranya, ia tidak membawa mudarat atau ancaman maka hukumnya adalah tidak boleh untuk membunuhnya berdasarkan hadith Nabi SAW yang jelas melarang kita membunuh semut tanpa sebab.
"Dalam isu menghormati haiwan adalah diperintahkan dengan istilah 'Ihsan' kepada makhluk berdasarkan nas-nas yang disebut oleh Rasulullah SAW dan juga perintah ALLAH SWT agar kita berlaku baik kepada sesama makhluk.
Baca juga [VIDEO] Terhayun seperti buaian, detik cemas kren gondola dipukul ribut buat warganet kecut perut
"Antaranya sebuah hadith yang dimuatkan oleh Imam al-Nawawi di dalam karyanya, daripada Syaddad RA bahawa Nabi SAW bersabda yang bermaksud;
"Sesungguhnya ALLAH SWT telah menetapkan ihsan atas setiap perkara. Maka apabila kamu membunuh, bunuhlah dengan baik. Dan apabila kamu menyembelih, sembelihlah dengan baik. Tajamkanlan alat sembelihan dan tenangkanlah haiwan sembelihan". (Riwayat Muslim, kitab buruan, sembelihan dan haiwan-haiwan yang dimakan, bab perintah agar berlaku ketika menyembelih, no. hadith 3615)
Semoga ALLAH SWT memberi kita taufiq dan hidayah dalam melakukan setiap tindakan yang kita lakukan seharian.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang