Jangan risau kalau bukan 'tangan sejuk'. Ikuti 4 langkah penjagaan pokok kaktus dengan baik

A
A
A

KAKTUS merupakan salah satu tanaman tahan lasak dan tidak memerlukan pemerhatian khusus. Namun, itu bukan bermaksud tumbuhan berkenaan boleh dibiarkan begitu sahaja.

Fakta ringkasnya, kaktus tergolong dalam kategori tanaman berbunga Cactaceae. Kerap ditemui di kawasan tropika seperti di Amerika Utara, Selatan dan tengah.

Sifatnya yang mudah dijaga membuatkan kaktus sering menjadi pilihan penggemar sekali gus menjadi tanaman kegemaran.

Bagaimanapun terdapat beberapa perkara yang perlu diambil kira bagi memastikan kaktus tumbuh dengan sihat dan sentiasa berada dalam keadaan baik:

1. Menyiram

Biarpun dikategorikan sebagai tumbuhan tahan lasak dan hanya memerlukan kandungan air yang sedikit, kaktur turut mempunyai cara tersendiri untuk menyiramnya.

Pemilik perlu mengetahui kadar kelembapan tanah dan lokasi pokok diletakkan. Sekiranya kaktus diletakkan secara terus di bawah terik matahari, penyiramannya perlu berkala seperti seminggu sekali.

Sekiranya diletakkan di tempat yang lebih dingin dan redup, cukup sekadar sekali dalam tempoh dua minggu atau sebulan.

2. Pencahayaan

POKOK Kaktus turut memerlukan air dan cahaya matahari yang mencukupi untuk tumbuh sihat dan tahan lama.

Sebagai tumbuhan hidup, pencahayaan matahari merupakan salah satu sumber tenaga yang diperlukan. Bagaimanapun, perlu diketahui juga jenis kaktus sama ada gurun atau tropika.

Bagi jenis gurun, kaktus memerlukan pencahayaa matahari secara terus manakala tropika pula memerlukan sedikit perlindungan atau tidak memerlukan pencahayaan secara terus.

3. Haiwan perosak

Kerosakan tanaman disebabkan tanah yang disiramkan terlalu kerap boleh menyebabkan kaktus mati. Tidak hanya itu, kehadiran haiwan perosak seperti kutu putih turut dikhuatiri mampu menjejaskan keadaan tumbuhan.

Cara mencegahnya, pastikan kandungan air dan cahaya matahari yang cukup agar dapat mengelakkan serangan haiwan perosak. Selainnya, letakkan kapas yang mengandungi cairan alkohol yang boleh didapati di farmasi.

4. Udara segar

MESKIPUN dikategorikan sebagai tumbuhan tahan lasak, kaktus tetap memerlukan perhatian yang khusus dalam penjagaannya.

Memang tidak dinafikan, cahaya dan air adalah sumber utama kaktus. Namun, pengudaraan yang bersih dan nyaman. Jika kaktus disimpan di dalam rumah perlu diletakkan berhampiran dengan tingkap. Bersihkan persekitaran agar bebas habuk.

Secara ringkasnya perhatian dan tanggungjawab penting terutama memelihara makhluk hidup. Jadi baiknya jangan abaikan mereka dan berusaha untuk luangkan masa. Begitu juga tumbuhan.

 

Jangan lupa follow SinarPlus di Instagram

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang