Jimat! Tak perlu beli baru, ini 5 cara tajamkan pisau blender yang tumpul

SETIAP rumah pasti ada blender, satu barangan yang amat memudahkan kerja memasak. Senang sangat, campak-campak je terus kisar.

Tapi aduhai pening kepala kalau benda yang kita nak blender tak lumat-lumat walaupun dah pusing banyak kali lagi-lagi kalau nak cepat.

Pasti mood yang sedang rajin nak masak tu boleh jadi down terus kan? Dahlah tengah-tengah nak memasak tu, takkan nak berhenti separuh jalan untuk pergi kedai cari mata blender baru kan?

Apa kata cuba beberapa cara tajamkan blender menggunakan bahan yang sedia ada di rumah ni.

Jimat, tak perlu keluar modal besar, tak payah beli baru. Insya-ALLAH mata blender akan tajam seperti baru!

Baca juga Mudah jer nak cuci karpet tanpa perlu hantar dobi. Rahsianya guna soda & cuka. Hasilnya nampak macam baharu

1. Garam kasar

Hampir setiap rumah mesti ada garam kasar, kan?

Anda boleh gunakan garam kasar untuk tajamkan semula mata pisau blender yang dah tumpul.

Caranya senang saja, ambil segenggam atau secawan garam kasar dan masukkan ke dalam blender.

Lepas tu, tekan butang kisar dan biarkan ia mengisar kering garam kasar tadi.

Ulang beberapa kali hinggalah mata blender terasa lebih tajam.

2. Kulit telur

Ya, telur yang kita masak tu jangan dibuang kulitnya. Bersih dan keringkan sekejap. Lepas tu boleh gunakan untuk ‘servis’ blender kita setiap bulan.

Caranya sama saja, masukkan dalam blender dan kisar kering. Kemudian bilas dan basuhkan.

Kalau selalu buat, mata blender akan jadi tajam.

Baca juga Elak sampah berbau, berair, wanita ini kongsi tip guna bekas sarang telur jer. Jimat & mudah!

Gambar fail.

3. Ais ketul

Boleh guna air batu atau ais ketul. Katanya lagi elok guna air batu yang kita buat sendiri sebab lagi keras.

Hancurkan sikit sebelum masukkan ke dalam blender. Kemudian kisarkan macam kita nak buat ice blended tu. Kisarkan lebih kurang 10 minit dan mata blender akan menjadi lebih tajam. Mudah kan!

4. Hampas kelapa

Iklan

Caranya kisarkan hampas tadi tanpa perlu tambah air. Kisar sehingga lebih kurang 10 minit, kemudian bilas.

Mesti mata pengisar akan jadi tajam semula.

Baca juga Ini cara paling mudah hilangkan rasa miang batang keladi, barulah sedap siput sedut masak lemak cili padi

5. Beras

Tak kisahlah beras jenis apa, ambil segenggam atau secawan dan kisar kasar selama beberapa minit.

Lepas tu, tengoklah hasilnya. Tentu lebih tajam macam baru beli!

Iklan

Selain itu, mata blender juga boleh diasah. Anda perlu buka bahagian pisau tu dengan berhati-hati. Kebanyakan model boleh dibuka dan digantikan bahagiannya.

Bila dah buka, asahkan bahagian pisau tu menggunakan batu pengasah atau kertas pasir, macam kita asah pisau biasa.

Cubalah langkah ini setiap bulan supaya mata blender sentiasa tajam dan dapat berfungsi dengan baik.

Ramai yang dah cuba dan akui keberkesanannya!

Tak payah nak susah-susah beli blender baru lagi. Jimat dan mudah, kan?

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.