JABATAN Pengangkutan Jalan (JPJ) akan melaksanakan sistem pengujian lesen memandu secara automasi atau ‘e-Testing’ di seluruh negara mulai April ini.

Dengan langkah ini, ia akan membolehkan proses penilaian dilakukan dengan lebih baik, dan pada masa yang sama mengurangkan angka keperluan pegawai yang ramai.

Jangan lupa follow Sinarplus di Instagram! 

Menurut Ketua Pengarah JPJ, Datuk Zailani Hashim, berikut info berkaitan sistem e-Testing;

1. Ia bertujuan meningkat integriti dan kebolehpercayaan masyarakat terhadap sistem pengujian lesen memandu yang diadakan secara elektronik.

2. Menerusi sistem itu, pegawai penguji JPJ akan memantau dari bilik kawalan, manakala calon yang diuji berada bersendirian dalam kereta.

3. Selain dapat mengurangkan jumlah pegawai JPJ yang bertugas, keputusan ujian memandu juga akan dijana secara terus.

4. Segala arahan atau kesalahan yang dilakukan oleh calon terbabit akan dipantau serta ditegur melalui bilik kawalan khas yang disediakan di Institut Memandu (IM) terbabit.

Pengecualian perbaharui lesen memandu dilanjutkan mulai 1 April hingga 31 Mei

Iklan

5. Calon ujian memandu sistem e-Testing ini perlu melalui enam peringkat iaitu belajar dalam kelas, litar dan jalan raya.

6. Bagi sesi pembelajaran di dalam kelas dan jalan raya tiada perubahan, sebaliknya hanya sesi belajar di dalam litar sahaja ada sedikit perubahan iaitu pegawai dan calon tidak akan duduk sekali di dalam kereta.

7. Setakat ini ada 232 institut memandu di seluruh negara dan mereka boleh mendapatkan aplikasi e-Testing ini secara membeli menerusi pusat penyedia yang dilantik JPJ.

Baca juga Program vaksin Covid-19 kanak-kanak 5 hingga 11 tahun bermula Februari ini

8. JPJ akan mengadakan pemeriksaan dari masa ke semasa sama ada modul yang digunakan institut memandu dalam e-Testing itu menepati enam elemen ditetapkan JPJ.

9. Sistem tersebut sudah dipraktikkan di Korea dan Jepun, sementara Malaysia akan ke arah itu bagi meningkat kemudahan kepada orang awam menggunakan perkhidmatan JPJ.

Iklan

Wah, usaha yang bagus ni. Hilanglah sikit gemuruh pelajar-pelajar ya.