Program vaksin Covid-19 kanak-kanak 5 hingga 11 tahun bermula Februari ini

vaksin kanak-kanak
vaksin kanak-kanak
A
A
A

BARU-BARU ini kerajaan mengumumkan akan meneruskan pemberian vaksin Covid-19 untuk kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sebelum ini memaklumkan, pemberian vaksin buat golongan tersebut akan bermula pada 2022.

Justeru, dalam perkembangan terbaharu, kerajaan akan memulakan Program Imunisasi Covid-19 bagi kanak-kanak lima hingga bawah 12 tahun bermula Februari ini.

Perkara tersebut dimaklumkan oleh Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Vaksin COVID-19 (JKJAV) dan KKM dalam status hantaran terkini di Facebook bertarikh 19 Januari 2022.

Untuk makluman ibu bapa, setakat ini hanya dos pediatrik vaksin Pfizer-BioNTech/Corminaty yang telah diluluskan untuk kanak-kanak kategori umur ini. Ia telah dibuktikan selamat dan berkesan.

Keutamaan akan diberikan kepada kanak-kanak yang mempunyai komorbid dan berisiko tinggi untuk mendapat jangkitan Covid-19 yang teruk.

Siapakah yang tidak layak?

Sejarah reaksi alahan teruk atau sejarah anafilaksis terhadap

  • Ubat, makanan, atau bahan yang tidak diketahui.
  • Sebarang reaksi atau alahan dalam masa 72 jam terhadap dos vaksin pertama atau mana-mana kandungan vaksin Covid-19.

Untuk makluman, kanak-kanak akan menerima kuantiti dos yang lebih rendah, iaitu 1/3 daripada dos yang diberikan kepada individu berumur 12 tahun ke atas.

Ujian klinikal menunjukkan pengurangan 90% kemungkinan mendapat jangkitan bergejala di kalangan kanak-kanak yang telah divaksin.

Kesan sampingan yang biasa secara amnya adalah ringan dan sederhana.

Pemberian vaksin kepada kanak-kanak akan mengurangkan kemungkinan mereka untuk mendapat penyakit serius atau mengalami komplikasi jangka masa panjang akibat jangkitan Covid-19.

KKM sebelum ini telah memaklumkan bahawa Mesyuarat Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) kali ke-386 yang telah bersidang pada 6 Januari 2022 bersetuju memberikan kelulusan pendaftaran bersyarat bagi produk vaksin Pfizer (COMIRNATY) untuk kanak-kanak.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca