PELAKON Hannah Delisha berkongsi berita duka, impiannya bergelar ibu tidak kesampaian apabila keguguran.

Berita tersebut dimuat naik menerusi laman Instagram storynya dan juga aplikasi X.

hannah

Dalam kapsyennya, pelakon yang berasal dari Singapura itu menitipkan doa kepada wanita yang turut mengalami situasi sepertinya.

“Pengalaman alami keguguran kandungan pertama ini.

“Saya ingin berkongsi rasa cinta dan kekuatan kepada semua wanita yang mengalami keguguran. Kesedihan yang tidak tertanggung.

“Saya harap menerusi perkongsian ini dapat memberi kekuatan kepada wanita yang pernah kehilangan bayi bahawa mereka tidak keseorangan,” ujar pemilik nama sebenar Hannah Adlina Blackburne Birch.

hannah 1

Isteri kesayangan Imam Shah Abdul Mutalib itu bagaimanapun tidak berkongsi lanjut berkenaan usia kehamilan beliau.

“Semoga ALLAH memberikan kesembuhan, meringankan kesakitan dan mengisi hati kita dengan ketenangan. Insya-ALLAH jumpa di syurga nanti sayang,” ungkap beliau lagi.

hannah 2

Dalam perkongsian yang sama, pelakon drama rantaian Andai Itu Takdirnya turut memuat naik sekeling gambar yang memegang sejambak bunga di atas katil yang menunjukkan beliau sedang mendapatkan rawatan di hospital.

hannah 3

Untuk rekod, pelakon kacukan Melayu-Inggeris itu sah bergelar isteri kepada Imam pada 2020 lalu selepas lima tahun menyulam cinta.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Iklan

Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, Threads, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!

 

 

Iklan