TRAGIS! Seorang kanak-kanak lima tahun dilaporkan meninggal dunia selepas ditemukan tidak sedarkan diri dalam kereta.

Hasil siasatan awal mendapati, mangsa ditinggalkan oleh ibunya secara tidak sengaja di kawasan parkir di hospital Shah Alam selepas diambil dari sebuah taska berdekatan tempat kejadian sekitar jam 2 petang.

Berikut adalah 10 info berkaitan:
1. Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim berkata, pihaknya menerima laporan daripada seorang lelaki yang juga pegawai perubatan hospital berhubung kejadian tersebut pada jam 8.01 malam.

2. Hasil siasatan mendapati kanak-kanak itu ditinggalkan oleh ibunya berusia 34 tahun secara tidak sengaja di dalam kereta jenis Axia selepas mengambil mangsa dari sebuah taska pada jam 2 petang.

3. Taska berkenaan berdekatan dengan tempat kejadian terbabit.

4. Ketika ditinggalkan mangsa dalam keadaan tertidur dan enjin kereta dimatikan.

5. Ibu mangsa yang juga pekerja hospital menyedari kejadian itu kira-kira jam 6 petang setelah dihubungi oleh suaminya.

6. Mangsa kemudian dibawa ke Jabatan Kecemasan Hospital Shah Alam dalam keadaan tidak sedarkan diri namun disahkan meninggal dunia setelah usaha menyelamatkan mangsa dijalankan.

7.Bedah siasat dijalankan pada jam 2 petang, Rabu, dengan keputusan ‘pending laboratory investigations’.

8. Pemeriksaan ke atas mangsa juga didapati tiada sebarang kecederaan luaran mahupun dalaman.

9. Kes disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.

10. Mohd Iqbal menasihati orang ramai supaya lebih berhati-hati ketika mengambil anak-anak mereka pulang dari sekolah atau taska terutama yang masih kecil agar kejadian seperti ini tidak berulang lagi.

Kes tertinggal anak tahun 2023:
8 November 2023
Seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun ditemui meninggal dunia selepas dipercayai tertinggal di dalam kereta di Ara Damansara, Petaling Jaya.

25 Oktober 2023
Seorang bayi perempuan berumur 16 bulan meninggal dunia selepas ditemui tidak sedarkan diri dalam kereta di kawasan sebuah universiti awam (UA) di Kuala Nerus.

6 Oktober 2023
Seorang bayi perempuan berusia lapan bulan maut selepas ditinggalkan hampir 10 jam dalam kereta ibunya dari pagi hingga petang di kawasan parkir kenderaan Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HTCM), Cheras.

14 Mac 2023
Seorang bayi perempuan berusia dua tahun meninggal dunia selepas empat jam ditinggalkan dalam kereta oleh ibunya di kawasan parkir sebuah kolej kemahiran di Port Dickson.

Tip menggelak anak tertinggal dalam kereta:

Iklan

1-Memeriksa tempat duduk belakang setiap kali meninggalkan kereta.

2-Buka pintu belakang kereta setiap kali parkir walaupun tiada sesiapa di belakang.

3-Letakkan beg, bekas bekal makanan atau botol air anak di tempat duduk hadapan di mana anda boleh melihatnya.

4-Tinggalkan sesuatu di tempat duduk belakang di sebelah anak. Pilih item yang anda perlukan selepas meninggalkan kereta seperti telefon, kad akses pejabat, dompet atau beg tangan.

5-Tampal pelekat peringatan pada tingkap kereta atau berhampiran pemegang pintu yang mana ia boleh dilihat apabila anda keluar dari kereta. Pelekat boleh tertera peringatan ‘lihat belakang kereta sebelum kunci’ atau ‘periksa tempat duduk belakang’.

Iklan

Amat menyedihkan apabila Sindrom Terlupa Anak atau Forgotten Baby Syndrome terus berlaku.

Sesibuk mana ibu bapa, perlu dahulukan tanggungjawab dengan memeriksa dan mengutamakan keselamatan dan kesihatan anak-anak supaya kejadian tidak diingini berlaku.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang