Kanak-kanak berusia 5 hingga 12 tahun pula akan diberi suntikan Covid-19 Pfizer

Ini 12 keadaan tidak normal kanak-kanak, perlu perhatian segera
Ini 12 keadaan tidak normal kanak-kanak, perlu perhatian segera
A
A
A

JIKA sebelum ini kanak-kanak dan remaja berusia 12 hingga 18 tahun diberi suntikan vaksin, kini giliran yan berusia lima hingga 12 tahun pula.

Perkara itu diumumkan Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin menerusi laman Twitter miliknya sebentar tadi.

"Malaysia akan meneruskan pemerolehan vaksin Covid-19 Pfizer-BioNTech untuk kanak-kanak berusia lima hingga 12 tahun.

"Pilihan vaksin lain seperti vaksin Sinovac juga akan diberi pertimbangan untuk pemberian vaksin terhadap golongan tersebut.

"82.4 peratus daripada remaja (12-17 tahun) telah diberikan sekurang-kurangnya satu dos vaksin dan 62 peratus telah lengkap dua dos.

angan lupa follow kami di Instagram!

vaksin

"Ini bermakna pembukaan semula sekolah dengan selamat.

"Dengan Panel Pentadbiran Makanan dan Ubat-Ubatan (FDA) Amerika Syarikat mengesyorkan vaksin Pfizer untuk 5 hingga 12 tahun, Malaysia juga akan meneruskan pemerolehan Pfizer untuk kanak-kanak," katanya.

Bagaimanapun, perincian bilakah pemberian vaksin tersebut akan mula diberikan kepada golongan berkenaan belum lagi dimaklumkan.

Selasa lalu, panel FDA mengesyorkan vaksin Pfizer-Biontech Covid-19 untuk kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun dengan menyatakan manfaat suntikan itu melebihi risikonya.

Terdahulu, negara kita telah memulakan pemberian vaksin kepada remaja berusia 12 hingga 17 tahun bermula 20 September lalu.

Baca juga Bayaran balik PTPTN melalui Shopee siap boleh guna Coins, ini caranya

Setakat Khamis, 62 peratus remaja yang telah melengkapkan vaksin atau berjumlah 1,951,450 orang. Manakala seramai 82.4 peratus atau 2,592,048 mendapat sekurang-kurangnya satu dos.

Apa tunggu lagi? Kepada ibu bapa segera lakukan pendaftaran bagi anak-anak dalam aplikasi MySejahtera. Mudah sahaja hanya daftar di ruangan 'Tambah Tanggungan Vaksinasi'.

Semoga bermanfaat!

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca