Khasiat Jus Nanas Panas yang ramai tidak tahu

NANAS adalah tanaman tropika yang dipercahayai berasal dari Amerika Selatan. Ia kini banyak ditanam di Thailand, Filipina dan juga Afrika.

Tanaman tropika itu mungkin berbunga dalam lima hingga sepuluh bulan dan berbuah dalam enam bulan berikutnya.

Dunia juga pernah digembarkan dengan kes seorang wanita yang dikenali sebagai Candice-Marie Fox apabila dia dilaporkan hanya diberikan masa hanya lima tahun untuk hidup akibat penyakit kanser yang dihidapi.

Namun, dia berjuang dan mampu melawan kanser terminal yang dihidapinya dengan memakan nanas.

Dia terkejut apabila doktor memberitahu dia mempunyai jangka hayat selama lima tahun disebabkan kanser tiroid sudah merebak ke bahagian lain di badannya.

Iklan
Iklan

Wanita berusia 31 tahun ini ditawarkan rawatan kemoterapi, tetapi dia menolak kerana proses itu ‘membunuh’ rakannya sebaliknya dia melakukan sesuatu yang pelik, mengunyah sehingga tiga biji nanas sehari.

Ternyata usahanya membuahkan hasil apabila dalam tempoh enam bulan, kanser tahap empatnya hampir hilang hingga menghairankan kumpulan perubatan.

Candice yang bekerja di bahagian pemasaran kini bebas daripada tumor dan dia memberi galakan kepada orang ramai untuk menjaga kesihatan menerusi laman web.

Ramai yang tak tahu nanas juga mempunyai 1001 manfaat dan khasiat jika diamalkan dengan betul. Paling mudah untuk dihidangkan adalah Air Nanas Panas.

Oleh itu SinarPlus ingin membongkar 1001 manafaat kebaikan jus nanas panas dan cara pembuatannya.

Cara mudah membuat jus nanas panas.

Cara penyediaan jus nanas panas, sama sahaja seperti lemon panas. Korang sediakan air panas dan letakkan beberapa hiris buah nanas ke dalam minuman.

Ia bukan saja terasa segar, bahkan memberi kelegaan buat sesiapa yang ada selesema. Jika tidak suka diminum panas, korang boleh letakkan air suam dan tinggalkan dalam peti sejuk untuk beberapa jam.

Kemudian sedia untuk diminum! Minuman ini juga boleh dijadikan air detox. Ianya sangat sedap dengan rasa buah-buahan yang segar disamping dapat membuang toksin dalam badan.

Jus nanas panas juga mampu melepaskan zat anti kanser yang merupakan kemajuan terbaru dalam pengubatan kanser yang efektif di bidang perubatan.

Hanya dengan satu hidangan nanas, ia mengandungi lebih 130 peratus daripada cadangan harian untuk vitamin C, vitamin yang membantu menjaga sistem imun yang sihat.

Ia juga antioksidan yang melindungi tubuh daripada radikal bebas yang boleh menyebabkan kanser, penyakit Alzheimer, Parkinson dan keadaan degeneratif yang lain.

Selain itu, nanas juga berguna untuk mencuci tubuh, melawaskan buang air kecil, merangsang penghadaman, sakit kerongkong, masalah hati dan demam kuning. Jus nanas muda sesuai digunakan untuk rawatan pelbagai penyakit paru-paru dan membunuh cacing dalam perut.

Jadi sama-sama kita amalkan ye. Semoga bermanfaat!

Share
Meen

Biodata Penulis

Published by
Meen

Recent Posts

Dulu menyewa, kini Hafiz Mahamad kongsi kediaman sendiri bikin ramai terpegun.’ Simple tapi mewah & elegan. Cantiknya!

PEMPENGARUH terkenal Hafiz Mahamad dan isteri, Syafiqah Aina baru-baru ini berkongsi rumah baharu mereka meraih…

2 hours ago

Inspirasi! Michelle Yeoh pecah stereotaip, terima Pingat Kebebasan Presiden dari Joe Biden

BINTANG Hollywood kelahiran Malaysia, Tan Sri Michelle Yeoh sekali lagi mencipta nama apabila menerima penghormatan…

1 day ago

‘Alhamdulillah, selesai’. Individu hina anak Caprice melutut mohon maaf, solat taubat di masjid

BARU-baru ini penyanyi hip hop dan pempengaruh, Caprice, 36 dan isteri, Farra Inalis, 29, menzahirkan…

2 days ago

Bagusnya! Rider jujur dipuji warganet maklumkan pelanggan kedai tiada sijil halal, hati-hati tempah makanan online

TULAR satu video di media sosial memaparkan seorang penunggang p-hailing memberi peringatan kepada pelanggan tentang…

2 days ago

‘Kepala pusing macam kena gempa bumi’. Wanita derita vertigo dan diserang strok dua kali mohon bantuan

SEJAK diserang strok pada enam tahun lalu, kehidupan wanita bernama Jamilah Mohamad tidak selincah dahulu.…

2 days ago

Perpisahan tiada unsur orang ketiga, Redza Syah Azmeer dedah sudah maklumkan perkahwinan kepada Irma Hasmie

PERKAHWINAN, Redza Syah Azmeer Mohd Radzuan dengan wanita pilihan, Nur Hafiza Mohd Salim baru-baru ini…

2 days ago