KEDIAMAN yang berbau wangi boleh membuatkan mood sesiapa sahaja tenang dan gembira.

Penat kerja seharian boleh hilang bila kita dapat merehatkan diri.

Pun demikian, nak maintain pewangi mahal memerlukan modal yang tinggi. Lagi-lagi produk viral, memang banyak nak pakai duit.

Seorang TikToker yang menggunakan nama Zetty Zulkifli berkongsi petua membuat air freshener dengan cara DIY jer.

Memang tak guna wang yang banyak.

Barang-barang yang diperlukan seperti berikut:
1. Kulit buah oren
2. Sebiji buah oren

pewangi DIY3. Kayu manis [BELI DI SINI]
4. Cengkih (jika suka) [BELI DI SINI]

Cara penyediaan:
1. Isi satu periuk dengan air.
2. Masukkan semua bahan-bahan.
3. Rebus dengan air perlahan.

pewangi DIY 4. Apabila air sudah mengelegak, masukkan essential oil.
5. Kemudian tutup semua tingkap supaya bau semerbak satu rumah.
6. Air rebusan boleh letak dalam bekas dan disimpan di ruang terbuka.

 

Sebelum itu, beliau turut berkongsi satu lagi cara viral yang selalu orang buat untuk mewangikan rumah.

pewangi DIY

Hanya guna empat bahan jer iaitu limau purut, fabric softener, hand sanitizer dan garam.

Cara buat pewangi DIY adalah seperti berikut:

1. Limau purut potong empat (jangan sampai terbelah habis).

pewangi DIY
2. Masukkan limau dalam bekas dan letak garam kasar di dalam belahan.
3. Kemudian tuang fabric softener dan satu sudu hand sanitizer di atas garam.
4. Letak di tempat terbuka.

Baca juga Raya ni rumah kena wangi, cuba tip mudah DIY pewangi 2 bahan hilang kepam hanya sembur-sembur jer

Video pendek berdurasi lebih 1 minit tersebut mendapat lebih 36,000 tanda suka dan lebih 15,000 perkongsian.

Kongsi Zetty, kebanyakan kaedah yang dicuba pakai ada yang menjadi dan sebaliknya.

Iklan

pewangi DIY

Cuma untuk pewangi homemade yang menggunakan limau purut itu hanya bertahan satu hari jer dan baunya tidaklah kuat sangat.

Ramai yang berkongsi penggunaan fabric softener boleh membahayakan kesihatan kerana bau agak kuat.

Baca juga Rumah wangi dengan tip murah, DIY penyembur 4 bahan harum semerbak, udara pun segar

“Saya berterima kasih dengan komen tersebut dan secara peribadi, saya sendiri tak tahu kesan tersebut.

“Jadi, atas dasar tanggungjawab untuk menyebarkan kesedaran kepada orang ramai walaupun tip itu tak berapa nak menjadi, saya cari alternatif lain menggunakan bahan semula jadi,” katanya.

Iklan
pewangi DIY
SUMBER foto: PEXELS.

Sebenarnya, banyak kaedah untuk membuat pewangi sendiri, cuma bahan yang digunakan perlulah disemak terlebih dahulu sama ada baik untuk kesihatan atau tidak.

Kalau kalian ada cara lagi mudah untuk membikin air freshener sendiri, boleh kongsikan di ruang komen SinarPlus ya.

pewangi DIY
SUMBER foto: PEXELS.

Okey! Selamat mencuba.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang