Keindahan dasar laut, kaya sumber minyak. Beting Patinggi Ali jadi perhatian China, Taiwan
MALAYSIA kaya dengan keindahan marin yang memukau, gugusan pulau dan terumbu karang yang menjadi habitat pelbagai spesis hidupan laut.
Gugusan Beting Patinggi Ali (Luconia Shoals) antaranya merupakan taman negara marin terbesar di Malaysia yang diisytiharkan oleh Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg pada tahun 2017.
Ia yang terletak di Laut China Selatan di atas Pelantar Benua Sunda dalam Zon Ekonomi Eksklusif Malaysia (EEZ) di perairan wilayah Sarawak.
Gugusan selatan beting itu terletak antara 163 hingga 180 kilometer (km) (87 hingga 96 batu nautika) dari pantai Sarawak.
Ia terdiri daripada beberapa terumbu seperti Hempasan Bentin, Terumbu Balingian, Beting Merpati, Terumbu Sahap, Sierra Blanca dan Terumbu Saji yang boleh dilihat ketika air surut.
Sementara itu, bahagian beting pula terletak di antara 187 hingga 254 kilometer (100 hingga 136 batu nautika) dari pantai Sarawak yang terdiri daripada ciri-ciri seperti Beting Rentap, Hempasan Dang Ajar, Terumbu Permaisuri, Terumbu Lang Ngindang, Terumbu Asun, Terumbu Datuk Landih, Terumbu Linggir dan Terumbu Litong.
Melihatkan betapa luasnya Beting Patinggi Ali atau turut dipanggil Taman Negara Gugusan Luconia ia dan telah diwartakan.
Dipercayai taman negara itu juga mempunyai sumber minyak dan gas di dasar laut.
Wujud beberapa platform minyak dan gas milik Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS) terletak kurang 25 km dari sempadan Taman Negara Gugusan Luconia yang telah dicadangkan seperti F230-A (16.5 km), F6Q-S (22 km), MI-Q (14.6 km) dan BIIP-A (17.6 km).
Sebuah kapal kargo British berusia 150 tahun dikenali sebagai Viscount Melbourne yang karam telah dijumpai di Gugusan Luconia Utara pada tahun 2015.
Pada masa sama, lokasi itu diisytiharkan sebagai salah sebuah tapak arkeologi maritim dalam perairan Malaysia oleh Jabatan Muzium Sarawak.
Taman Negara Gugusan Luconia milik Malaysia turut dituntut oleh Taiwan dan China walaupun jaraknya melebihi 2,000 kilometer dari republik itu!
Beting itu ditadbir Tentera Laut Diraja Malaysia dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia memantau 24 jam sehari, tujuh hari seminggu.
Institut Penyelidikan Perikanan Malaysia juga telah menjalankan kajian mengenai kawasan tersebut sejak tahun 2004. Malaysia turut menganjurkan Kejohanan Memancing Laut Dalam Antarabangsa setiap tahun yang mana peserta berlepas dari Marina May di Miri dan menuju ke kawasan taman negara ini selama tiga hari.
Keindahan terumbu karang di sini tentunya memukau dan terpelihara. Ia juga menjadi lokasi penempatan bagi spesies ikan sinar manta, wrasse dan kerapu.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang