BUKAN sekali dua kita membaca berita tragedi kematian ibu atau ayah di tangan anak sendiri.

Di manakah letaknya ihsan kemanusian seorang anak kepada ibu bapa hingga tergamak bertindak kejam dan meragut nyawa!

Jangan lupa follow Sinarplus di Instagram! 

Seperti yang terjadi di Kuala Selangor semalam, seorang anak lelaki sanggup memenggal kepala ibu kandungnya sendiri dalam kejadian di rumah mereka di Kampung Baru Pasir Penambang.

Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Selangor Superintendan Ramli Kasa, berikut kronologi tragedi ngeri tersebut;

1. Pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian itu pada 5.45 petang yang memaklumkan kejadian seorang wanita dicederakan anaknya.

2. Hasil siasatan mendapati mangsa berusia 56 tahun ditemui di ruang tamu dan terdapat kesan darah dalam rumah berkenaan.

3. Siasatan lanjut sudah dijalankan bersama pasukan forensik.

Iklan

Kejam! Ini kronologi kejadian ngeri anak lelaki penggal kepala ibu

4. Pemeriksaan mendapati suspek berusia 28 tahun merupakan seorang penganggur yang tinggal bersama mangsa dan suaminya. Anak-anak mangsa yang lain menyewa di kawasan berhampiran.

5. Siasatan lanjut mendapati kejadian disedari salah seorang anak mangsa yang gagal menghubungi ibunya sebelum pergi ke rumah melakukan pemeriksaan.

6. Ketika tiba di lokasi, anak mangsa nampak keadaan rumah berlumuran darah dan suspek yang terkejut terus melarikan diri di belukar belakang rumah.

Baca juga Awas, cantik tapi beracun! Tersentuh, termakan daun pokok ini boleh sesak nafas, bengkak lidah

7. Polis dengan bantuan penduduk kampung berjaya menangkap suspek yang bersembunyi dalam belukar berhampiran dengan rumah mangsa.

8. Polis turut merampas parang disyaki digunakan untuk memenggal kepala mangsa yang ditemui dalam tandas rumah itu.

Iklan

9. Ujian air kencing dibuat ke atas suspek di Hospital Tanjong Karang (HTK). Hasil laporan awal adalah positif Methamphetamine dan Amphetamine.

10. Permohonan reman dibuat di Mahkamah Majistret Kuala Selangor dan suspek direman selama tujuh hari sehingga 22 Januari ini. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan (KK).