'Kembalinya ayahanda yang dikasihi...'. Perginya sebutir permata Sarawak, Tun Abdul Taib Mahmud meninggal dunia
Bekas Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Abdul Taib Mahmud meninggal dunia sekitar jam 4.28 pagi tadi di Cardiac Vascular Sentral Kuala Lumpur (CVSKL).
Berita duka pemergian Abdul Taib ke rahmatullah disahkan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadilah Yusof kepada Astro AWANI.
"Sekarang jenazah akan dimandikan dan Insya-ALLAH akan dibawa ke Masjid Negara untuk penghormatan terakhir (peringkat Semenanjung) sebelum jenazah dibawa ke lapangan terbang untuk diterbangkan ke Kuching, Sarawak," kata Fadilah.
Perkara itu turut disahkan Setiausaha Sulit kepada Dato Hajjah Hanifah Hajar Taib, Nurr Shaffique Abdul Karim melalui Facebook rasmi Hanifah sebentar tadi.
“Kembalinya ayahanda YB Dato Hajjah Hanifah Hajar Taib yang dikasihi, Tun Pehin Sri Haji Abdul Taib bin Mahmud kepada penciptaNya, lebih kurang 4.40 pagi, 21 Februari 2024 bersamaan 11 Syaaban Hijrah.,” katanya dalam hantaran itu.
Penghormatan terakhir Allahyarham Tun dijangka diadakan di Dewan Undangan Negeri sebelum disemadikan di Demak Jaya.
Untuk rekod, beliau yang genap 87 tahun pada 21 Mei lalu merupakan bekas Ketua Menteri Sarawak selama enam penggal. Allahyarham meninggalkan seorang balu, Toh Puan Raghad Kurdi Taib dan empat anak.
BAPA PEMODENAN SARAWAK
Sekadar makluman, Allahyarham yang berketurunan Melanau dilahirkan di Miri pada 21 Mei 1936 adalah anak saudara Ketua Menteri Sarawak ketiga yang juga Yang di-Pertua Negeri Sarawak keempat, Allahyarham Tun Abdul Rahman Yakub.
Dikenali sebagai Bapa Pemodenan Sarawak apabila mengeksploitasi sumber kekayaan baharu di bawah Koridor Tenaga Diperbaharui Sarawak (SCORE), beliau juga merupakan Presiden paling lama dalam Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) iaitu selama 33 tahun bermula 1981 sehingga 2014.
Abdul Taib berkahwin dengan wanita berketurunan Poland, Puan Sri Laila Taib pada tahun 1959 dan dikurniakan empat cahaya mata iaitu Jamilah Hamidah Taib, Datuk Seri Mahmud Abu Bekir, Datuk Seri Sulaiman Abdul Rahman dan Datuk Hanifah Hajar.
Selepas kematian Laila akibat barah pada 29 April 2009, beliau berkahwin pula dengan wanita Lubnan, Toh Puan Raghad Kurdi pada 2010.
Al Fatihah dan semoga rohnya ditempatkan di bersama roh orang yang beriman dan beramal soleh.
Sumber: Facebook Hanifah Hajar Taib, Astro Awani & Berita Harian Online
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, Threads, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang