HomeFYIEh! Apa Tu?Kenali bahaya penyakit kucing...

Kenali bahaya penyakit kucing yang mampu menjangkiti manusia

TIDAK dinafikan, kucing menjadi haiwan popular yang sering dijadikan peliharaan.

Sifatnya yang comel dan manja mudah sahaja mencuri perhatian sesiapa sahaja.

Bagaimanapun, terdapat beberapa penyakit yang dihidapi ‘mereka’ mampu menjangkiti pemiliknya atau mudah kata, manusia.

Memetik perkongsian CNN Indonesia, penjagaan kebersihan dan kesihatan haiwan perlu diberi perhatian. Berikut penjelasannya.

1. Jangkitan cacing kerawit

Cacing kerawit atau hookworm merupakan parasit yang hidup dalam usus kucing atau anjing.

Telur daripada cacing tersebut kebiasaannya akan hadir bersama dengan najis haiwan.

Individu yang sudah terjangkit dengan cacing kerawit akan mengalami rasa gatal, sakit, pendarahan, radang atau sakit perut.

Dikatakan penyakit yang melibatkan hookworm dapat disembuhkan dengan pengambilan ubat cacing.

2. Ringworm

Selain dikenali sebagai ringworm, ada juga yang memanggil sebagai kurap atau kudis.

Penyakit kucing tersebut disebabkan infeksi kulat, kemudian tersebar ke lapisan kulit mati, rambut dan kuku.

Jangkitannya sangat mudah berlaku sekiranya individu bersentuhan langsung dengan haiwan.

Kesannya, ia akan mengakibatkan gatal, ruam, kulit bersisik dan kering.

Oleh itu, pastikan anda menjaga kebersihan haiwan peliharaan dengan baik termasuk tempat si bulus membuang najis mereka.

3. Toksoplasmosis

Penyakit toksoplasmosis merupakan jangkitan parasit toxoplasma gondii.

Penyakit berkenaan akan menular daripada kotoran atau air tercemar.

Akibatnya akan berlaku demam, lenguh otot dan radang.

Beberapa pakar kesihatan turut menyarankan agar ibu hamil tidak melakukan sebarang kontrak rapat dengan haiwan yang memiliki virus ini.

Dikhuatiri akan mengakibatkan gangguan pada kandungan seperti keguguran, kelahiran kematian dan merosakkan otak.

Iklan

4. Kriptosporidiosis

Kedengarannya seperti mata wang Kripto namun, Kriptosporidiosis merupakan salah satu penyakit yang disebabkan oleh kucing.

Ia disebabkan parasit crytosporidium yang berlaku sekiranya manusia melakukan kontak rapat dengan najis haiwan.

Tanpa penjagaan kebersihan, ia akan mengakibatkan ciri-birit, demam, sakit perut dan muntah-muntah.

Lebih memburuk, sekiranya kuman berkenaan telah menyerang organ badan atau sistem imunisasi manusia lemah.

5. Bartonellosis

Iklan

Penyakit itu muncul daripada kesan cakaran kucing yang mengandungi bakteria Bartonella henselae.

Kucing yang memilikinya akan mudah menjangkiti manusia menerusi gigitan atau cakaran sehingga menyebabkan sakit kepala, demam, hilang selera makan dan rasa sakit pada bahagian kepala, lengan serta leher.

Oleh itu, sebaiknya bataskan interaksi dengan haiwan buat sementara waktu sekiranya terdapat kesan cakaran atau gigitan.

Meskipun sebilangannya kedengaran bahaya dan menakutkan, tetapi sebagai pemilik haiwan, kita perlu lebih bertanggugjawab dalam menjaga kesihatan dan kebersihan mereka.

Sikap prihatin terhadap pengambilan ubat-uban dan penjagaan rapi haiwan penting bagi mengelakkan hal buruk berlaku.

 

Jangan lupa follow kami di Instagram dan lawati portal SinarPlus

Dapatkan info daripada SinarPlus! Join grup Telegram kami DI SINI

Artikel Menarik

Terkini

Dari Penulis

Ensefalitis: Keradangan otak akibat jangkitan. Benarkah gaya hidup atau stres jadi punca? Pakar ini kongsikan penjelasan

SECARA global, dianggarkan sejumlah 1,444,720 kes dan 89,900 kematian dicatatkan akibat...

Grab diskaun kaw kaw sempena minggu gaji, ini 5 item terbaik dijual pada harga RM25 jer

SEMPENA minggu gaji, Shopee menawarkan pelbagai tawaran harga menarik untuk semua...