Kenali pelbagai kod minyak wangi, ini 5 jenis perbezaan

A
A
A

PELBAGAI jenama minyak wangi di pasaran sekarang. Ada jenama luar negara mahupun tempatan.

Mungkin dengan lambakan jenama minyak wangi membuatkan korang menjadi rambang mata untuk memilihnya kan?

Buat pengetahuan korang, minyak wangi mempunyai lima kod yang berbeza iaitu Parfum, Eu de Parfum (EDP), Eu de Toilette (EDT), Eu de Cologne (EDC) dan Eau Fraiche.

Jadi pilihlah minyak wangi korang sebetulnya. Ia berbeza mengikut;

1. Parfum

Kepekatan minyak wangi 20%-30%

Parfum juga dikenali sebagai Exrait de Parfum atau minyak wangi tulen. Selalunya minyak wangi ini harganya sangat mahal dan bukan diletakkan dalam botol jenis spray.

Minyak wangi jenis ini mampu bertahan lebih lama antara 6-7 jam.

2. Eau de Parfum

Kepekatan minyak wangi - 10% - 20%

EDP mempunyai kepekatan minyak wangi yang paling tinggi antara 3 jenis ni. Jenis ini boleh tahan hingga 5 jam.

EDP lebih kurang sama dengan perfume cuma ia lebih air dan alkohol. Jenis minyak wangi ni selalunya dijual dalam bentuk spray.

3. Eau de Toilette

Kepekatan minyak wangi - 4% - 15%

EDT ni lebih ringan dan masih dijual dalam bentuk spray. EDT lebih banyak kandungan alkohol dan ini bermakna EDT tak tahan lama.

Selalunya orang guna EDT ni dan sembur banyak-banyak dan untuk kegunaan seharian.

4. Eau de Cologne

Kepekatan minyak wangi - 2% - 5%

Cologne adalah singkatan eau de Cologne untuk bandar Cologne, Jerman, di mana aroma tertentu pertama kali dibuat, air dari Cologne.

Selalunya cologne ni sangat ringan dan segar. Ia diperbuat daripada buah-buahan, dan ia mengandungi minyak pati, lemon, bergamot, oren, dan neroli mutlak.

Ia juga mungkin mengandungi minyak lavender penting dan rosemary.

Kenali pelbagai kod minyak wangi, ini 5 jenis perbezaan

5. Eau Fraice

Kepekatan minyak wangi terendah 1%-3%

Eau Fraice atau lebih dikenali dengan istilah Perfume BodyMist atau Body Splash ini memiliki kadar kepekatan pati terendah di antara semua minyak wangi di pasaran. Ia mampu bertahan sehingga dua jam sahaja.

Sebahagian besar kandungan adalah berasaskan air.

Baca juga 5 rutin mudah mengemas rumah hujung minggu

Selepas ini dah tak keliru lagi untuk memilih minyak wangi kan?

Semoga bermanfaat!

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca