5 rutin mudah mengemas rumah hujung minggu

A
A
A

BERIKUTAN Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 dilanjutkan dua minggu di seluruh negara kecuali Sarawak, maka masyarakat disarankan untuk kekal berada di rumah.

Langkah tersebut adalah untuk memerangi penularan virus Covid-19 yang mana hari ini menyaksikan trend kes semakin meningkat.

Bosan duduk di rumah? Tak tahu nak buat apa? Sebenarnya, banyak aktiviti yang boleh dilakukan di kediaman peribadi. Satu daripadanya proses mengemas rumah.

Apa kata pada hujung minggu ini korang isi masa lapang dengan menghias dan mencantikkan rumah. Tidak perlu mengeluarkan wang pun kerana hanya perlu menggunakan peralatan sedia ada.

Kemas kamar

bilikSebaik sahaja bangun tidur dan selesai membersihkan diri, jangan sesekali membiarkan katil tidak berkemas dan longgokkan pakaian kotor begitu sahaja.

Disiplinkan diri mengemas tempat beradu sebelum melakukan aktiviti lain. Buka jendela supaya udara segar dan cahaya matahari masuk ke dalam bilik.

Menyapu

menyapuSelepas itu, mulakan dengan aktiviti menyapu di segenap ruang rumah. Jika inginkan hasil yang lebih optimum korang boleh menyedut habuk dan sampah menggunakan vakum.

Mop lantai

mopSelesai menyapu, lakukan pula aktiviti mengilat atau mop lantai di semua ruang termasuk dapur dan bilik tidur.

Sebaik-baiknya gunakan air bersih yang dicampur bersama cecair disinfektan bagi membantu mengurangi risiko virus Covid-19 dibawa dari luar.

Lap habuk

lapKemudian, luangkan masa mengelap habuk yang melekat di barangan rumah. Pun begitu, pastikan cecair atau material kain digunakan bersesuaian dengan sifat peralatan berkenaan.

Langkah tersebut adalah untuk mengelakkan calar dan kerosakan.

Cuci bilik air

bilik airPastikan ruang mandi sentiasa berada dalam keadaan bersih dan wangi. Gunakan berus dan bahan pencuci tandas bagi menanggalkan kotoran, lumut dan karat yang melekat di dinding, lantai dan mangkuk tandas.

Jika konsisten dan sistematik melunaskan aktiviti mengemas rumah secara tidak langsung ia dapat menyuntik semangat positif dalam diri kita.

keluargaIni disebabkan kediaman yang kemas, tersusun dan cantik turut mempengaruhi mood dan sikap seseorang.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca