KIBARLAH Jalur Gemilang, bendera kemegahan negara kita sempena kemeriahan Bulan Kemerdekaan ini.

Meriahnya Bulan Kemerdekaan ini jika ramai yang menghias dan menggantungkan bendera kan?

Tapi tahukah anda, nak gantung bendera Malaysia ini pun ada caranya tau.

Sebabnya bendera ini adalah lambang kepimpinan, simbol penghormatan, martabat, kekuasaan dan kedaulatan bagi sesebuah negara.

Jadi, bendera Malaysia atau Jalur Gemilang ini perlulah dikibarkan secara tertib sebagai lambang kebesaran dan kedaulatan negara sama ada sewaktu menaikkan atau menurunkannya.

Sebelum mengibarkan Jalur Gemilang, kita juga perlu mengambil kira faktor tempat, masa, saiz bendera, tiang dan susunan bendera sekiranya lebih dari satu jenis bendera bagi mengelakkan kesalahan protokol mengibarkannya.

Baca juga Jangan guna telefon bimbit ketika ribut petir, bahaya! Ini yang perlu wanita tahu

Mengikut arahan Jabatan Perdana Menteri melalui Surat Pekeliling Am Bilangan 3 Tahun 1994 : Pengibaran Bendera Malaysia Di Bangunan-Bangunan Persekutuan Di Seluruh Negara, pejabat-pejabat Kerajaan Persekutuan, Badan-badan Berkanun Persekutuan, Pihak Berkuasa Kerajaan Tempatan Persekutuan diwajibkan mengibarkan Bendera Persekutuan iaitu Jalur Gemilang.

Selain itu, orang ramai digalakkan mengibarkan Jalur Gemilang di kediaman, premis-premis perniagaan, kedai-kedai dan gerai-gerai.

Pekeliling ini juga menetapkan Jalur Gemilang hendaklah dikibarkan pada hari-hari bekerja, Hari Kebesaran Persekutuan dan Hari Kebesaran Negeri.

Walau bagaimanapun, Jalur Gemilang boleh dikibarkan pada bila-bila masa dan di mana-mana selagi kesesuaian dan kehormatan terhadap bendera terpelihara.

Berikut dikongsikan cara gantung bendera Malaysia dengan betul untuk rujukan bersama.

Cara gantung bendera Malaysia dengan betul mengikut tertib dan protokol;

Kibarlah Jalur Gemilang! Ini cara gantung bendera dengan betul, wanita pun perlu tahu Kibarlah Jalur Gemilang! Ini cara gantung bendera dengan betul, wanita pun perlu tahu

Baca juga Bukan biasa-biasa, SK magic lakar sejarah terima pelbagai pengiktirafan di peringkat dunia

Iklan

BEBERAPA JENIS BENDERA / JALUR GEMILANG

Kibarlah Jalur Gemilang! Ini cara gantung bendera dengan betul, wanita pun perlu tahu Kibarlah Jalur Gemilang! Ini cara gantung bendera dengan betul, wanita pun perlu tahu

Berikut dikongsikan maklumat penuh tentang bendera Malaysia dan info yang perlu kita tahu mengenainya sebagai Rakyat Malaysia.

Kibarlah Jalur Gemilang! Ini cara gantung bendera dengan betul, wanita pun perlu tahu

Kibarlah Jalur Gemilang! Ini cara gantung bendera dengan betul, wanita pun perlu tahu

Iklan

Jangan sesekali menggunakan bendera untuk tujuan ini ya!

Kibarlah Jalur Gemilang! Ini cara gantung bendera dengan betul, wanita pun perlu tahu

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk cerita-cerita yang ohsem dan menghiburkan.

Sumber: Jabatan Penerangan Malaysia