KKM saran individu bergejala tapi negatif Covid-19 kerja dari rumah, mohon majikan terima sijil digital HSO

KEMENTERIAN Kesihatan Malaysia (KKM) meminta semua majikan di negara ini agar menerima pakai Sijil Perintah Pengawasan dan Pemerhatian di Rumah (HSO) bagi individu positif Covid-19.

Menerusi hantaran dimuat naik di laman X kementerian itu berkata, ini kerana pesakit Covid-19 perlu menjalani HSO selama lima hari, berkuat kuasa dari tarikh bermula gejala.

Selain itu, katanya, sijil HSO adalah dokumen yang sah di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Akta 342).

“Majikan juga amat digalakkan untuk membenarkan pekerja yang bergejala tetapi keputusan ujian Covid-19 negatif, untuk bekerja dari rumah.

“Individu yang diberi digital HSO perlu melakukan tangkap layar paparan skrin untuk makluman pihak majikan, selain dinasihatkan untuk melaporkan status Covid-19 dengan jujur,” ujarnya.

Berdasarkan portal KKMNOW, sebanyak 28,375 kes aktif Covid-19 direkodkan di negara ini, menjadikan jumlah kumulatif meningkat kepada 5,141,797 kes, sehingga Ahad lalu.

Seramai 27,689 pesakit Covid-19 yang menjalani HSO, manakala 664 kes dirawat di hospital di seluruh negara.

Baca juga ‘Tak payah peluk cium.’ Doktor ini mohon anak-anak tidak jadi penyebar Covid-19, lindungi ibu ayah

Lakukan langkah ini jika anda dijangkiti Covid-19, amalan TRIIS iaitu;

• Test (Ujian): Segera lakukan ujian pengesanan Covid-19 secara kendiri sekiranya bergejala;

• Report (Lapor): Laporkan keputusan ujian kendiri secepat mungkin dalam aplikasi MySejahtera;

Iklan

• Isolate (Asing): Lakukan pengasingan kendiri sekiranya positif Covid-19. Patuhi Perintah Pengawasan dan Pemerhatian di Rumah (HSO) serta tatacara isolasi kendiri dengan melengkapkan Home Assesment Tool (HAT) dalam aplikasi MySejahtera;

Baca juga ‘Tiada PKP.’ Lebih 20,000 kes baharu, 28 kematian, KKM sedia hadapi gelombang Covid-19. 5 info ubat antiviral Paxlovid

• Inform (Maklum): Maklumkan kepada semua kontak rapat supaya mereka memantau status kesihatan kendiri dan melakukan ujian Covid-19 sekiranya bergejala; dan

• Seek (Mendapatkan rawatan): Dapatkan pemeriksaan dan rawatan segera sekiranya gejala bertambah teruk. Bagi golongan berisiko tinggi, dinasihatkan segera ke fasiliti kesihatan berhampiran walaupun bergejala ringan.

Iklan

Semoga bermanfaat!

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!