BARU-BARU ini seorang pengguna TikTok @inaasss memuat naik video memilukan apabila kucing kesayangannya yang dipanggil sebagai Wati dijangkiti coronavirus.

Susulan itu, @inaasss telah menghantar haiwan itu ke klinik veterinar untuk melakukan pemeriksaan ujian darah.

Bagaimanapun, beliau tidak menyangka keputusan ujian mengesahkan Wati dijangkiti Feline infectious peritonitis (FIP) atau istilah lain, Feline coronavirus.

@scent.nitizer Tolong doakan Wati dapat survive tau 🥲🥺 #fip #fipsurvivor #fipdisease ♬ suara asli – MariMengGamon📌

Selepas itu, haiwan berkenaan terpaksa diberi makan menggunakan picagari.

Perkongsian @inaasss itu kemudian mendapat perhatian warga maya yang terkejut dan meluahkan rasa takut jika virus sama menjangkiti manusia.

Untuk menjelaskan lebih lanjut apa itu FIP dan sama ada ia boleh ‘berpindah’ kepada manusia atau sebaliknya, SinarPlus merujuk https://ivet-petcare.com/.

Menurut laman web berkenaan, FIP merupakan satu penyakit virus daripada coronavirus yang bermutasi dalam badan kucing yang menyebabkan cirit-birit ringan dan tidak sampai mengakibatkan jangkitan yang fatal.

Baca juga Samm, kucing 26 tahun diiktiraf tertua di dunia

Namun, 5 peratus kucing yang dijangkiti virusCorona boleh dijangkiti FIP apabila virus tersebut bermutasi di dalam badan atau sistem immuniti kucing tersebut bertindak balas secara abnormal pada virus berkenaan.

Berikut adalah tanda-tanda awal kucing dijangkiti FIP:

1. Pada peringkat awal, si manja anda akan mengalami masalah pernafasan, mata berair, cirit, lemah dan kerap sakit disebabkan imuniti badan yang menurun.

2. FIP secara keseluruhan mempunyai dua jenis simptom iaitu:

a) Dry FIP: Melibatkan masalah saraf dan sering dilihat pada anak kucing di bawah enam bulan.
b) Wet FIP: Menyebabkan busung air pada abdomen dan juga thorax.

3) FIP berlaku apabila virus bermutasi menyebabkan sistem immuniti badan memakan sel dan organ badan sendiri.

Iklan

4) Selanjutnya, ia akan menyebabkan radang tanpa kawalan pada otak, saraf dan otot (menyebabkan) masalah saraf dan otot.

5) Manakala radang pada saluran usus dan sel-sel peparu boleh menyebabkan ‘leakage’ cecair badan bertakung di dalam ruangan abdomen atau thorax yang mengganggu pernafasan.

Baca juga Keliru identiti, Aboi si lembu jinak, bermanja dengan tuannya persis seekor kucing

Persoalan seterusnya, bagaimana bagaimana virus FIP dirawat? Menurut https://ivet-petcare.com/ lagi, FIP boleh dikatakan membawa maut dan tiada penawar.

Iklan

“Apa yang doktor veterinar boleh lakukan adalah memastikan keselesaan fizikal dan pernafasan kepada kucing tersebut dan melengahkan tempoh rebakan virus di dalam badan. Biasanya, rawatan simptomatik akan diberikan untuk melegakan simptom buat sementara waktu,” jelas mereka.

Menjawab pertanyaan lazim, adakah FIP mudah merebak ke kucing lain? Berikut jawapan mereka:

“FIP bukanlah penyakit yang mudah berjangkit sebenarnya, cuma ia lebih mudah menjangkiti kucing yang immunitinya lemah dan sering berlaku pada persekitaran kucing yang banyak lantaran kerana risiko jagkitan viruscorona sangat tinggi untuk populasi kucing yang banyak.

Jangan lupa follow kami di Instagram!

“Selalunya virus banyak dikeluarkan pada air liur dan najis bagi kucing yang sedang dijangkiti. Untuk pencegahan, asingkan kucing yang sakit dan pastikan tangan dan pakaian anda dibersihkan dahulu sebelum pegang kucing lain,” kata https://ivet-petcare.com/.

Kesimpulannya, virus tersebut boleh menjangkiti daripada satu kucing kepada kucing yang lain, tidak kepada manusia.