MALANG tidak berbau. Buat mereka yang sering buat kerja di dapur kadang kala terlalu penat mungkin boleh terjadinya tertumpah air panas, sup panas mahupun minyak panas.

Jadi perlunya pengetahuan apa tindakan yang perlu anda lakukan sejurus apabila terkena air atau minyak panas ini agar keadaan tidak bertambah teruk.

1. Lalukan air

Perkara pertama yang perlu anda lakukan ialah letakkan kawasan yang terkena minyak atau air panas itu pada air yang mengalir. Biarkan selama 20 minit atau sehingga rasa pedih itu hilang. Setelah itu barulah anda tuam dengan tuala yang sejuk untuk melegakan rasa sakit.

2. Tanggalkan semua barang kemas dan kain yang menutupi

Sekiranya kawasan melecur itu mempunyai barang kemas atau kain baju, tanggalkan kesemuanya. Ini adalah untuk memudahkan haba melecur itu untuk hilang. Jika dibiarkan barang kemas atau sebarang kain pada kawasan melecur ia akan melambatkan haba melecur itu untuk hilang.

Iklan

3. Sapukan antiseptik

Selepas beberapa hari, kawasan melecur itu akan kurang kemerahan dan mungkin akan timbul gelembung. Pada waktu ini, sapukan antiseptik dan balut dengan non-stick bandage. Ingat jangan pecahkan gelembung itu kerana jika anda pecahkan ia akan mendatangkan lebih jangkitan.

Iklan

Itulah antara langkah awal yang perlu anda lakukan jika kulit anda melecur. Jangan panik dan ikut sahaja langkah itu. Apapun berhati-hati ketika mengendalikan sesuatu yang panas.

Penulis: Suhaila Ali
Foto: unsplash