OBESITI adalah satu masalah kesihatan yang semakin berleluasa bukan sahaja dalam kalangan rakyat Malaysia tetapi di seluruh dunia.

Ia satu keadaan di mana berat badan melebihi tahap normal dan menjejaskan kesihatan seseorang.

Jikalau berat badan melebihi 20 peratus berat badan normal mereka dikatakan ‘obese’. Obesiti dikategorikan mengikut BMI ( Body Mass Index ). BMI adalah satu cara untuk mengukur berat badan mengikut ketinggian seseorang.

Obesiti bukan sahaja memberi impak negatif terhadap rupa dan bentuk badan seseorang, tetapi juga mempunyai banyak impak negatif kepada kesihatan seperti meningkatkan risiko strok dan penyakit jantung.

Bukan itu sahaja, menurut Pakar Otak dan Kesihatan, Dr Rizal Abu Bakar, obesiti punca pada banyak penyakit. Obesiti kecilkan otak selain turunkan prestasi otak.

Kongsi Dr Rizal, obesiti sebabkan gangguan pada bahagian otak, antaranya;

1. Hippocampus – penting untuk belajar dan memori.

2. Frontal Lobes – tempat Berfikir Aras Tinggi. Termasuk fokus, merancang dan mengatur.

3. Anterior Cingulate Gyrus – bahagian penting dalam membuat keputusan dan empati.

4. Thalamus – bahagian uruskan koordinasi dengan bahagian otak lain.

Kata beliau, kita membuat lebih dari 30,000 keputusan setiap hari. Kita perlukan otak dengan saiz sebenar. Saiz kecil burukkan keputusan.

“Apa perlu buat? Belajar dan buat. Usah bertangguh. Usah ber’cheat day’! Siapa yang mahu ditipu? Diri sendiri?” ujarnya.

Sementara itu, ini cara mengira BMI untuk mengukur berat badan mengikut ketinggian seseorang. Formula untuk mengira BMI adalah:

Awas! Kerja dari rumah jangan sampai obesiti

Ukuran Body Mass Index (BMI)

Formula BMI : berat badan (kg)/(tinggi)2 (m)

Berdasarkan formula ini ia dikategorikan dalam beberapa tahap, dan berbeza untuk lelaki dan wanita.

Jikalau berat badan melebihi tahap normal, masalah – masalah kesihatan akan bertambah. Risiko untuk mendapatkan penyakit seperti kencing manis, strok, dan sakit jantung akan bertambah.

BMI Wanita

< 18.4 : kurang berat badan ( underweight )
18.5 – 24.9 : normal
25 – 29.9 : lebih berat badan ( overweight )
> 30 : obese

Iklan

BMI Lelaki

< 18.4 : kurang berat badan ( underweight )
18.5 – 22.9 : normal
23 – 26.9 : lebih berat badan ( overweight )

Cara pencegahan obesiti;

1. Bersenam selalu

Harus bersenam sekurang – kurangnya 150 – 300 minit setiap minggu untuk mengelak berat badan naik. Senaman harus tahap berada di tahap ‘moderate’ seperti berenang dan berjalan laju.

2. Makan makanan yang berkhasiat

Iklan

Makan makanan yang kurang kalori dan ada nutrien yang lebih. Elak makanan berlemak dan kurangkan makanan manis dan alkohol. Makan tiga kali sehari dan elak makan di antaranya.

3. Mengetahui dan elak situasi di mana anda akan makan berlebihan

Harus mencatat semua kegiatan makanan, bila dan apa yang dimakan, apakah perasaan pada masa itu dan berapa banyak makan serta tahap kelaparan. Dengan ini, dapat mengetahui situasi di mana kita makan berlebihan dan dapat mengelaknya.

Semoga bermanfaat!

Jangan lupa follow kamiInstagram! dan layari portal SinarPlus

Dapatkan info daripada SinarPlus! Join grup Telegram kamiDI SINI