Lafaz taklik pada sijil nikah, bukan automatik jatuh talak jika ia dilanggar… Ini penjelasan pengamal undang-undang

PERASAN atau tidak, apabila seseorang itu diijab kabul sebagai pasangan suami isteri yang sah, ada lafaz taklik yang terdapat pada sijil nikah mereka.

Ia menjadi perkara wajib yang menjadi kebiasaan dalam perkahwinan yang dilangsungkan di negara kita. Lafaz taklik berkenaanlah yang mengikat pihak suami dan isteri.

Rupa-rupanyanya, ada sebab kenapa lafaz taklik berkenaan dibuat. Apa tidaknya, ia merupakan perjanjian yang mengikat antara suami dan isteri.

Mudah kata, lafaz taklik adalah pengakuan gugurnya talak apabila perjanjian itu tidak dipenuhi.

Iklan
Iklan

Namun begitu, bukan sewenang-wenangnya lafaz taklik berkenaan boleh ‘jatuh’ dengan sendirinya. Ada prosedur tertentu yang perlu dilakukan.

Demikian penjelasan Peguam Syarie, Nurain Akmal Khairunnisa Amir Hamzah menerusi perkongsian di laman sosial Facebook miliknya baru-baru ini.

NURAIN AKMAL KHAIRUNNISA

Pengamal undang-undang itu menjelaskan, taklik itu tujuannya untuk menghindari daripada berlakunya kemudaratan kepada pihak baik suami atau isteri dalam perkahwinan tersebut.

Antara contoh taklik dalam sijil nikah yang lazim digunakan adalah: “Saya (nama suami) dengan ini bertaklik bahawa apabila saya meninggalkan isteri saya (nama isteri) selama empat bulan qamariah berturut-turut atau lebih dengan sengaja atau paksaan”; atau

“Jika saya atau wakil saya tidak memberikan nafkah kepada isteri saya selama empat bulan qamariah berturut-turut atau lebih sedangkan dia taat kepada saya”; atau

“Jika saya menyebabkan mudarat terhadap tubuh badannya atau kehormatannya atau harta bendanya, atau menyebabkan penganiayaan atau sebarang dharar syarie dan kemudian dia mengadu kepada Hakim Syarie dan jika sabit aduannya di sisi Hakim Syarie, dan dia memberikan kepada Hakim Syarie yang menerima RM1 bagi pihak saya, maka pada ketika itu tertalaklah dia dengan talak khulu’.”

(Artikel berkaitan: Nikah ketika PKPB lebih mudah, ringkas dan menjimatkan kos)

Seandainya pihak suami melanggar taklik berkenaan, peguam syarie itu menjelaskan, pihak isteri boleh membuat tuntutan perceraian secara taklik bagi membolehkan perkahwinan itu dibubarkan oleh mahkamah.

“Namun begitu, pihak isteri perlu membuktikan kepada mahkamah bahawa suaminya telah melanggar taklik sijil nikah tersebut dengan pembuktian yang sewajarnya sama ada melalui dokumen-dokumen dan saksi-saksi yang perlu dikemukakan di mahkamah semasa perbicaraan.

“(Ia) Bukannya apabila suami tidak melaksanakan apa yang dilafazkan dalam taklik sijil nikah tersebut, maka automatik telah jatuh talak. Bukan begitu,” jelasnya.

Nurain Akmal Khairunnisa berkata, ayat yang berbunyi “kemudian dia mengadu kepada Hakim Syarie dan jika sabit aduannya di sisi Hakim Syarie” itu bermaksud mahkamah perlu mensabitkan bahawa suami telah melanggar taklik yang telah dilafazkan olehnya semasa akad nikah perkahwinan tersebut.

“Kes perceraian taklik ini adalah salah satu contoh untuk membubarkan perkahwinan ya. Ia berbeza dengan lafaz cerai taklik itu ya,” jelas beliau.

Kepada mereka yang sudah berumah tangga atau bakal menjadi suami isteri, jangan ambil mudah dengan perkara ini.

Sekurang-kurangnya ambil tahulah demi kebaikan bersama.

Sumber: Facebook Peguam Syarie Nurain

Foto: 123rf  & Bernama

Share
Nurulfatiha

Biodata Penulis

Published by
Nurulfatiha

Recent Posts

Alami serangan jantung, Jay Jay stabil selepas pembedahan pintasan

PENYANYI era 80-an Jay Jay baru-baru ini mengalami serangan jantung ringan dan sesak nafas ketika…

12 hours ago

‘Banyak berbakti kepada ibu, sangat pemurah.’ Suami dedah pramugari meninggal dunia di Jepun sentiasa ingatkan tentang kematian

PEMERGIAN pramugari Malaysia Airlines (MAS), Norzana Hanim Hamzah, 49, di Jepun menjadi perhatian rakyat Malaysia.…

12 hours ago

Ibu bapa bayi 11 bulan viral dipercayai bersekedudukan & penagih dadah, Cikgu Fadli kongsi pengalaman tersalah beri bantuan

KISAH kisah keluarga membawa bayi lelaki mereka yang memakai alat bantuan pernafasan menaiki motosikal ke…

24 hours ago

Sarjan Faridah disahkan meninggal dunia akibat serangan jantung

KEMATIAN anggota Malaysian Battalion 850-11 (MALBATT 850-11) bagi Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Lubnan…

1 day ago

‘Saya bapa & ibu’. 16 tahun lelaki Tionghua jaga 3 anak yatim Melayu, keikhlasan buat netizen menitiskan air mata

KASIH sayang tanpa sempadan, tidak mengenal warna kulit mahupun bangsa. Siapa sangka detik pertemuan di…

1 day ago

‘Inilah pengorbanan mama abah.’ Abby dedah rahsia anak-anak berkulit putih, nasihat jangan berhenti doakan ibu bapa

ANAK-anak pelakon Abby Abadi terkenal dengan kulit yang cerah selain memiliki rupa paras yang menawan.…

1 day ago