GARA-GARA menyiarkan video memaparkan persekitaran tempat kerja, bekas ratu cantik Pengawal Kebangsaan Rusia 2019 telah dipecat dari unit khas tentera Presiden Vladimir Putin.

Menurut laporan shethepeople.tv, Anna Khramtsova, 32, mendakwa beliau dibuang kerja kerana dicemburui rakan sekerja yang tidak berpuas hati dengan dirinya.

Bagaimanapun, difahamkan ibu kepada seorang cahaya mata berkenaan dikeluarkan dari pasukan tentera dalaman Kremlin susulan merakam operasi pembasmian kuman di sebuah bangunan pentadbiran kerajaan.

“Saya dipecat kerana melebihi seseorang. Selepas kemenangan tahun lalu (Pengawal Kebangsaan Rusia 2019) ramai pihak tidak berpuas hati sehingga mereka cuba mengambil tahu sukan kegemaran dan hobi saya.

“Kini misi mereka tercapai selepas berjaya mengeluarkan saya dari sana (unit khas tentera),” katanya yang juga menjadi mangsa diskriminasi jantina.

Anna Khramtsova
IBU kepada seorang cahaya mata itu mendakwa alasan kukuh beliau dipecat kerana dicemburui rakan sekerja bukan sebab merakam operasi pembasmian kuman di sebuah bangunan pentadbiran kerajaan.

Dalam pada itu, Khramtsova yang mahir mengendalikan senjata api turut menyatakan alasannya dipecat terlalu remeh dan tak masuk akal.

Direkodkan, pada pertandingan ratu cantik berkenaan Khramtsova telah berjaya menewaskan lebih 1,000 peserta lalu dinobatkan sebagai Pengawal Kebangsaan Rusia 2019.

Iklan

 

Iklan

Sumber: shethepeople.tv, US Daily Respot dan RT News