Lamborghini hasilkan topeng muka untuk derma pada hospital

Lamborghini hasilkan topeng muka untuk diderma kepada pihak hospital.
Lamborghini hasilkan topeng muka untuk diderma kepada pihak hospital.
A
A
A

SEJAK penularan wabak Covid-19 melanda, penggunaan dan jualan topeng muka atau mask kini umpama pisang goreng panas.

Sering juga dilihat bagaimana pengilang menukar operasi mereka menjadi pengeluar topeng dan pelindung muka. Tidak kurang juga individu yang sama-sama membantu menghasilkan topeng muka tersebut melalui mesin pencetak 3D.

Juga turut tidak ketinggalan, syarikat eksotik Automobili Lamborghini yang mengambil inisiatif menukar operasi pengeluaran kereta di kilang Sant’Agata Bolognese bagi menghasilkan topeng perubatan (surgical) dan pelindung muka (medical shield) plexiglass.

Lamborghini hasilkan topeng muka untuk derma pada hospital

Topeng yang dihasilkan akan didermakan pada Hospital Sant’Orsola-Malpighi di Bologna sebagai usaha melawan pandemik Covid-19.

Kerja-kerja menghasilkan peralatan tersebut akan dibuat oleh kakitangan jabatan yang mengeluarkan interior dan peralatan custom untuk kereta Lamborghini dengan jumlah topeng sebanyak 1,000 keping sehari.

Lamborghini hasilkan topeng muka untuk derma pada hospital

Pelindung muka pula akan dihasilkan sebanyak 200 unit sehari menggunakan mesin pencetak 3D di bawah bahagian pengeluaran gentian karbon dan jabatan Penyelidikan dan Pembangunan.

Lamborghini hasilkan topeng muka untuk derma pada hospital

Usaha ini dibuat dengan kerjasama Universiti Bologna. Jabatan Perubatan dan Sains Pembedahan akan menyelia bahagian pengujian peralatan perlindungan tersebut sebelum dihantar ke hospital.

Lamborghini hasilkan topeng muka untuk derma pada hospital

Sebagai tanda kesatuan dan sokongan kepada negara yang sedang menghadapi wabak ini, Lamborghini akan menyalakan lampu dengan warna bendera Itali pada setiap malam di ibu pejabatnya di Sant’Agata Bolognese setiap hari.

Lamborghini hasilkan topeng muka untuk derma pada hospital

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca