Langgar SOP, kenapa ada kena saman dan tunggu siasatan! Ini penjelasan peguam

ISU pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) pencegahan Covid-19 di kalangan individu terkenal sentiasa menjadi buah mulut warganet di laman sosial.

Ada yang diberikan saman atau kompaun secara terus dan ada yang didakwa sudah berminggu-minggu kejadian namun masih lagi dalam siasatan.

Iklan
Iklan

Antaranya pelanggaran SOP tetamu di majlis perkahwinan selebriti terkenal, aktiviti rentas negeri yang dikatakan berbulan madu dan terbaharu pelajar Matrikulasi dikompaun RM1,500.

Disebabkan itu, ramai antara mereka mempersoalkan tentang perbezaan tindakan pihak berkuasa berikan kepada kes-kes sebegitu.

Bagi menjawab persoalan tersebut, seorang peguam, Tuan Mufarwa Farid berkongsi sebab-sebab berlakunya perbezaan antara diberi saman terus dan juga kes yang dibuka kertas siasatan.

Kongsi beliau di laman Facebook, ‘saman’ yang dikenakan itu bukannya saman, tapi ia adalah kompaun.

“Bezanya, kompaun boleh dibayar sebelum masuk mahkamah. Saman pula perlu masuk mahkamah untuk bayar.

“Jadi, kenapa ada orang yang kena kompaun direct kat situ jugak? Dan kenapa ada pula orang yang kena tunggu kertas siasatan dibuka? Pilih bulu ke?

“Tak… Dia macam ni. Orang yang kena kompaun direct ni adalah orang yang melakukan pelanggaran SOP di hadapan penguatkuasa.

“Dan yang kena buat kertas siasatan ini pula, dia melakukan pelanggaran SOP bukan di hadapan penguatkuasa,” tulisnya.

Menurutnya, jika pegawai polis atau kesihatan yang nampak secara bersemuka kita melanggar SOP, mereka berhak terus memberi kompaun.

“Tak pakai pelitup muka masa pergi kedai, lepas itu ada pegawai polis atau kesihatan nampak kita. Dia terus bagi kompaun. Kena maksimum RM10k.

“Buat majlis kahwin tak ikut SOP? Tapi tak ada seorang pun pegawai polis atau kesihatan datang pada majlis itu. Jadi, tak kenala apa-apa kompaun direct.

“Namun, kalaulah masa tengah majlis itu ada pegawai polis atau kesihatan ambush atau tak sengaja lalu, atau diorang dapat laporan orang awam dan datang ke majlis itu, barulah diorang boleh kena kompaun direct.

“Jadi, pokok pangkalnya, kalau ada pegawai polis atau kesihatan nampak depan mata dia yang kita langgar SOP, dia terus boleh kompaun direct.

“Kalau dia tak nampak atau tak ada di tempat kejadian, maka kita hubungilah polis suruh datang kompaun.

“Contohnya, hello, polis. Ni ada artis kahwin tak ikut SOP. Tolong datang sekarang. Lalu polis pun datang, bagi kompaun kat penganjur majlis,” katanya.

Ujar beliau, kita sebagai orang awam boleh membuat laporan polis.

“Kalau majlis dah selesai, gambar tak jaga SOP pun tersebar. Apa nak buat? Kita sebagai orang awam, buatlah laporan polis. Suruh polis buat siasatan.

“Haaa.. Sebab inilah polis kena buka kertas siasatan. Polis kena panggil penganjur, kena tentukan mereka ini langgar SOP yang mana, siapa yang buat, siapa yang bertanggungjawab dan sebagainya.

“Mudah cerita, kalau pelanggaran SOP itu sudah pun berlaku, barulah polis buat kertas siasatan. Bukan senang-senang nak saman kalau takda bukti kukuh. Sebab penguatkuasa tak ada masa kejadian berlaku. Jadi, kena lah teliti betul-betul.

Baca juga Berterusan hingga lepas Aidilfitri! Rentas negeri hujung minggu hanya untuk kecemasan, kematian dan PJJ

“Polis tak boleh nak terus bagi kompaun direct, sebab dia tak ada kat tempat kejadian. Polis juga perlu teliti kesalahan yang penganjur ni buat, dengan bukti-bukti kukuh. Benda ni pun makan masa.

“Dan selagi tak ada laporan polis, selagi itulah polis tak boleh buat apa. Sebab tu, kalau kita nampak sahaja orang tak jaga SOP, terus panggil polis. Kalau majlis dah selesai pula, terpaksalah kita buat laporan polis.

“Sebagai tambahan, anggota polis yang boleh bagi kompaun ini adalah anggota polis berpangkat inspektor ke atas sahaja. Bawah daripada itu, tak boleh. Kalau kena kompaun dengan pegawai rendah daripada inspektor, kompaun itu tak valid. Kita tak akan dikompaun atau disaman di mahkamah.

“Jadi, jelas kan kenapa ada orang kena saman direct, ada orang kena tunggu kertas siasatan dibuka?

“Sekali lagi diulang, beza antara dua kes itu adalah yang direct sebab penguatkuasa nampak. Yang tak direct sebab penguatkuasa tak nampak,” ujarnya.

Semoga orang ramai maklum dan faham dengan penjelasan diberikan beliau.

Teruslah kita menjadi SOP yang telah ditetapkan bagi memutuskan rantaian Covid-19 yang kembali meningkat ini.

Sumber: Mufarwa Farid

Share
Faezah Muda

 

Published by
Faezah Muda

Recent Posts

Nedim nafi rumah tangga bergolak, akui masih sayangkan Nora. ‘Hanya gaduh-gaduh manja’

EKORAN pengakuan pelakon Nora Danish mengenai kemelut yang melanda rumah tangganya, terbaharu suaminya, Nedim Nazri…

16 mins ago

Sibuk sampai lupa nak makan? Ini lokasi Express Lunch di Glenmarie, Shah Alam yang boleh dicuba

SIBUK bekerja sampai boleh lupa nak makan! Tak dinafikan, kadang-kadang individu yang jenis workaholic, mereka…

2 hours ago

Tuah Nala kucing terkaya dunia, bernilai RM431.4 juta selepas ‘merempat’, raih anugerah TikToker Of The Year

BERTUAHNYA si comel ini. Dinamakan Nala, si bulus dari California, Amerika Syarikat ini mungkin kucing…

2 hours ago

Tasik diselimuti ratusan ribu ikan mati akibat gelombang panas dan kecuaian

  BERATUS ribu ikan mati dalam takungan di wilayah Dong Nai di selatan Vietnam disebabkan…

4 hours ago

‘Temukan orang terbaik menjadi imamnya.’ Bakal berangkat tunai haji, Wan Maimunah doakan jodoh buat Wan Sharmila

IKATAN antara anak dan ibu saudara ini menjadi perhatian ramai. Dramatis Wan Sharmila dalam perkongsiannya,…

18 hours ago

Aaron Aziz tak ambil ‘port’ isu Alif Aziz. ‘Jangan runtuhkan ‘jambatan’ hubungan antara Malaysia-Singapura’

“SENDIRI buat hal, pandai-pandai kau hadap kritikan.” Demikian ungkapan pelakon popular, Aaron Aziz terhadap rakan…

19 hours ago