MASIHKAH anda ingat beberapa tahun lalu, seorang jejaka kacak dengan gaya berkaca mata hitam tiba-tiba menjadi tular di laman sosial. Semuanya bermula dek kerana satu video yang dikongsi oleh netizen di Facebook.

Video tular itu menunjukkan jejaka tersebut sedang memotong daging dengan penuh teliti.

Yang menjadi bualan orang ramai adalah cara beliau menabur garam pada daging berkenaan di penghujung video. Penuh gaya dan karisma!

Jadi siapakah dia lelaki kacak di sebalik cermin mata hitam Itu?

Jika anda masih belum mengenali, beliau adalah merupakan seorang tukang masak bernama Nusret Gökçe atau kini dikenali dengan gelaran #saltbae.

Saltbae merupakan salah seorang pemilik restoran steak terkenal di Turki dan Dubai iaitu Nusr-Et.

Beliau juga juga bapa kepada sembilan orang anak.

Dengan enam lokasi restoran di Turki dan Dubai, Nusr-Et sememangnya menjadi tumpuan ramai terutamanya selebriti tempatan dan luar negara.

Ahli sukan terkenal seperti Manuel Neuer, Arda Turan, Roger Federer, Mesut Ozil, Martin Skrtel dan pereka fesyen Tommy Hilfiger adalah antara pengunjung yang sudah berkesempatan berkunjung ke Nusr-Et.

Rasanya restoran beliau ini memang sangat terkenal di kalangan sportsman!

Iklan

Beliau juga dilihat sangat obses dengan pisau dan daging malahan jika anda perasan, gambar beliau dengan selebriti bersamanya pastinya digayakan dengan memegang pisau.

Seperti diumpamakan beliau sedang ‘mengugut’ mereka itu untuk bergambar.

Pengikut Instagram Nusr-Et juga dilihat semakin bertambah dari hari ke hari dan kini sudah mempunyai 27.7 juta pengikut.

Iklan

Ramai juga kini mendakwa hidangan di restoran itu semuanya sedap dan bukan sekadar menang dari segi gimik masakan sahaja.

Laman Instagram Nusr-Et penuh dengan video Nusret menghiris daging dengan penuh bergaya dan cukup tersendiri.

Siapa kata bila jadi chef tidak boleh jadi seksi? Nusret membuktikan walaupun anda sedang memasak, style tetap No.1 perlu diberikan keutamaan.