Luluh hati… 4 beradik maut rumah terbakar ditemui dalam bilik air, 8 info kejadian

ALLAHURABBI… Tragedi Ramadan yang amat menyedihkan. Pastinya hancur luluh hati sepasang suami isteri apabila keempat-empat anaknya yang ditinggalkan seketika terkorban dalam tragedi kebakaran di rumah mereka.

Mangsa masing-masing dua lelaki dan dua perempuan berusia tiga hingga lapan tahun ditemukan meninggal dunia dalam kebakaran di rumah mereka di Lorong Haji Muhammad, Jalan Ismail, Kampung Sabak Awor di Muar, malam tadi.

Menurut laporan media tempatan, berikut info kejadian yang menyayat hati itu;

1. Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisional Raiz Mukhliz Azman Aziz berkata dalam kejadian kira-kira jam 7.49 malam mangsa, Puteri Aisyah Tenko To, 8; Mohd Hakim, 6; Mustakim, 4, dan Fatihah Aisyah, 3, ditemui tidak sedarkan diri di dalam bilik air bahagian dapur kediaman mereka.

2. Ketika kejadian, ibu mangsa berusia 31 tahun terpaksa keluar sebentar untuk ke kedai berhampiran manakala bapanya yang berusia 30 tahun sedang bekerja di sebuah restoran di sekitar bandar Muar.

3. Maklumat awal, ibu mangsa mengatakan keempat-empat anaknya ditinggalkan sementara di rumah dalam keadaan pintu bahagian dapur tidak berkunci.

Baca juga Tragedi hitam 2 beradik maut kebakaran, ibu kongsi kronologi sebenar, rupanya banyak statement bercanggah

4. Bagaimanapun, keadaan api marak menyebabkan empat beradik ini gagal mencari jalan keluar sebelum kesemua mayat ditemui di dalam tandas dipercayai bagi tujuan menyelamatkan diri.

5. Ibu mangsa yang baru keluar 10 minit dan mengetahui mengenai kebakaran itu selepas dihubungi jiran.

Iklan

6. Kebakaran dipercayai berpunca akibat litar pintas, namun ia masih dalam siasatan lanjut pihak Jabatan Bomba Penyelamat (JBPM). Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian dan setakat ini kes disiasat sebagai mati mengejut (SDR).

Baca juga Terbakar seluruh badan, kulit dada menggelupas dan rambut seperti arang. Ibu ini gadai nyawa selamat 6 anak daripada kebakaran

7. 20 anggota dari BBP Muar dan BBP Bukit Gambir dibantu dua jentera Fire Rescue Tender (FRT) serta satu Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dikejarkan ke tempat kejadian bagi membantu memadamkan kebakaran membabitkan rumah jenis separuh kekal berkeluasan 16 meter x 12 meter.

8. Bomba mengambil masa lima minit bagi mengawal kebakaran yang merebak sehingga 70 peratus. Pemadaman berjaya dilakukan beberapa minit kemudian dengan kemusnahan sebanyak 80 peratus. Setelah api padam sepenuhnya pihak bomba bertindak membuat pencarian mangsa sebelum menemukan dua kanak-kanak perempuan dua kanak-kanak lelaki.

Iklan

Al-Fatihah buat mangsa dan salam takziah buat keluarga.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi