Macam-macam ‘sale’ setiap kali hujung tahun. Mahu lebih mudah dan jimat, foodpanda tawar diskaun kaw kaw

A
A
A

LAZIMNYA, pada hujung tahun pelbagai sale akan berlangsung. Rata-rata jenama pasti menawarkan harga runtuh kepada para pelanggan setia masing-masing.

Begitu juga dengan peneraju platform makanan atas talian di Asia, foodpanda.

Mengulas lanjut mengenainya, Pengarah Urusan foodpanda Malaysia, Sayantan Das berkata, pihaknya sentiasa ingin membawa dan menghantar kegembiraan sepanjang tahun termasuk perayaan Krismas yang disambut baru-baru ini.

Kami mempunyai banyak tawaran baharu dan menarik untuk rakyat Malaysia” katanya.

 

Kebanyakan promosi sudah bermula sejak awal Disember lalu dan akan berakhir pada penghujung tahun ini. Sesetengah label, tawaran akan berakhir pada 15 Januari depan.

Berikut SinarPlus senaraikan produk-produk menarik yang wajib anda dapatkan segera:

Restoran

-SOUL BREW

Untuk tempoh masa terhad sahaja, nikmati diskaun 55 peratus (diskaun maksimum RM10) untuk Strawberry Pudding Cream Frappe dan Pandan Milk Coffee Cream Cheese dengan pesanan minimum RM18. Tawaran ini juga boleh digabung bersama kod baucar.

-SWEET POT

Mencari pencuci mulut yang sedap dan lazat? Dapatkan Apple Crumble Baked Cheese dengan potongan 55 peratus (diskaun maksimum RM10) dengan pesanan minimum RM18. Tawaran ini juga boleh digabung bersama kod baucar.

-STARBUCKS

Nikmati minuman Krismas Starbucks untuk masa terhad ini, termasuk Peppermint Mocha, Toffee Nut Crunch Latte, Confetti Cookie Latte dan Gingerbread Latte dengan potongan sebanyak 15 peratus untuk pesanan Pick-Up. Tawaran ini juga boleh digabung bersama kod baucar.

 

-MORGANFIELD

Rasai sajian Krismas Jolly Chrismas Platter dan Mini Jolly Chrismas Platter dari Morganfields. Gunakan kod PANDAVIP untuk menikmati diskaun sebanyak 30 peratus (diskaun maksimum RM8) dengan pesanan minimum RM25 sepanjang bulan Disember. Bukan itu sahaja! Dapatkan diskaun 50 peratus (diskaun maksimum RM12.50) dengan pesanan minimum RM25 dari 25 Disember hingga 31 Disember 2021 dengan penggunaan kod PANDASTARS.

-DELI2GO

Puaskan keinginan anda dengan Black Pepper Chicken Pie dan Apple Lattice dengan tawaran istimewa dari Deli2Go. Beli 2 pastri Krismas dan dapatkan diskaun 50% untuk kopi.

shops

-MARKS & SPENCER

Gunakan kod promo, SHOPANDAI untuk mendapatkan potongan 30 peratus (diskaun maksimum RM8) dengan pesanan minimum RM25 untuk  Christmas Pudding dan Mulled Spices. Terhad kepada 4 pesanan bagi setiap pelanggan.

-myNEWS

Nikmati diskaun sehingga 28 peratus untuk barangan terpilih seperti Maggi Hot Mealz, Mamee Monster, Milo, Minute Maid Pulpy dan banyak lagi.

-VILLAGE GROCER

Penghantaran percuma dengan pesanan minimum RM100 untuk barangan terpilih termasuk Magnum Mini Almond, Magnum Mini Classic Almond, Sardin Ayam Brand dan banyak lagi.

-AISKRIM NESTLE

Perlukan aiskrim untuk menghilangkan dahaga anda pada hari panas? Dapatkan diskaun 10 peratus untuk aiskrim La Cremeria apabila anda membelanjakan RM30 dalam satu pesanan.

-SHELL SELECT

Ahli pandapro boleh menikmati potongan 20 peratus dengan pesanan minimum RM25 dan bagi yang bukan ahli, nikmati potongan sebanyak 15 peratus dengan pesanan minimum RM25.

pandamart

Bermula daripada 10 Disember hingga 25 Disember 2021, lebih daripada 60 barangan yang berada dalam kategori Christmas Gift, Cakes, dan Confections akan dijual di pandamart seluruh negara. Antara barang-barang yang para pelanggan boleh dapati di pandamart adalah seperti Classic Fruitcake 400g dan pandamart Sticky Dates Fruitcake 400g.

Selain itu, kerjasama istimewa antara pandamart dan Wunderbath menampilkan mandian Ms Panda Sparkles Bath Bomb, Naughty atau Nice Bomb, sabun Frostie The Snowman dan sabun Gingie The Gingerman.

‘Bom mandian’ buatan tangan itu sesuai untuk mereka yang berkulit sensitif, kerana ia diperbuat tanpa sulfat dan paraben.

Gunakan kod SAVERM11 untuk menikmati potongan RM11 bagi produk bebas paraben, tanpa sls, dan vegan itu dengan pesanan minimum RM30. Terhad hanya kepada 4 tebusan bagi setiap pelanggan.

pandapro

Pada akhir tahun yang semakin hampir, nikmati potongan 25 peratus daripada jumlah bil apabila anda menjamu selera di restoran-restoran seperti Powerplant, Sky-Dome Hotpot, Jann @ Four Points By Sheraton, Chinatown dan Quan’s Kitchen (Four Points by Sheraton Kuala Lumpur).

Tawaran sah pada setiap hari kecuali Krismas, malam tahun baharu dan tahun baharu. Untuk maklumat lanjut mengenai tawaran foodpanda, sila lawati halaman tawaran ini.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca