Malas cabut atau racun rumput, guna teknik tabur garam ini sehari pun dah nampak kesan
Malas cabut atau racun rumput, guna teknik tabur garam ini sehari pun dah nampak kesan
ADUHAI malasnya nak cabut atau meracun rumput ni. Tak sampai sebulan dah tumbuh menghijau keliling rumah!
Ini situasi biasa kalau rumah ada laman. Memang penat.
Namun anda tak perlu risau lagi, ada cara lebih mudah untuk matikan rumput dan lalang ini. Hanya tabur-tabur jer! Kos pun murah.
Caranya cuma guna garam! Dikongsi oleh pemegang akaun Tik Tok @Kak Tin Geng Kebun, ini cara yang boleh kita praktikkan.
Baca juga [VIDEO] Seronok berkongsi rezeki, pemuda ini murah hati beri percuma hasil kebun tepi rumah
Tip matikan rumput guna garam;
1. Sediakan garam kasar, cari yang harga murah saja.
2. Kemudian tabur saja garam ini atas rumput yang meliar sekeliling rumah. Boleh tabur atas rumput tepi pasu yang malas kita cabut. Tabur rata-rata ya.
3. Kalau cuaca panas keesokan harinya rumput akan menguning dan kering. Tapi garamnya masih ada.
Kawasan yang ditabur dengan garam ini, rumputnya akan ambil masa yang lama untuk tumbuh semula. Rumput yang kering tadi akan mati dan reput hingga kita tak nampak lagi.
4. Bagusnya selain rumput mati garam kasar ini juga akan menghindarkan masalah siput babi, lipan dan juga ular.
Semoga bermanfaat!
Baca juga Tip hapuskan rumput liar dengan 2 bahan sahaja
Sumber: Kak Tin Geng Kebun
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah yang menginspirasikan.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang