DAH nak raya ni,bukan dalam rumah je kena nampak kemas dan cantik. Kena tengok-tengok juga kawasan sekitar rumah, terurus ke tidak. Kalau dibiarkan rumput liar tumbuh subur dengan ‘jayanya’, silap-silap boleh undang cik ular dan macam-macam haiwan berbisa.

Malah, kehadiran rumput-rumput liar pada ruang halaman ini pastinya, amatlah menyakitkan mata yang memandang.

Jangan risau, ada tips mudah yang anda boleh praktikkan. Ini merupakan perkongsian berguna oleh seorang pengguna Facebook, Lucius Maximus untuk hapuskan rumput liar yang tumbuh.

Bahan-bahan:

  • Cuka masakan
  • Sabun cecair pencuci pinggan
  • Alat penyembur (Spray)

Cara membuat:

1) Tuangkan cuka masakan ke dalam alat penyembur.

2) Setelah itu, titiskan 3 atau 4 sudu besar sabun cecair pencuci pinggan ke dalam alat penyembur tersebut.

3) Kemudian, semburkan ia pada kawasan rumput liar tersebut secara menyeluruh.

Info:

  • Cuka masakan mengandungi asid asetik yang boleh membuatkan rumput liar mudah mati.
  • Sabun pencuci pinggan pula bertindak sebagai ejen pelekit yang memastikan cuka yang disembur, melekat pada rumput liar tersebut.
  • Sembur hanya sekali, selepas seminggu hasilnya rumput akan bertukar warna coklat, akarnya menjadi kering dan mudah dicabut.

Selamat mencuba kaedah ini, semoga perkongsian ini memberi manfaat buat anda.

PENULIS: NURUL ADRIANA
FOTO/ SUMBER: FACEBOOK