BAGI pengguna akaun bank Maybank, bermula hari ini korang akan menerima sistem pesanan ringkas (SMS) pengumuman penutupan servis laman perbankan Maybank2U versi klasik.

Pengumuman tersebut mengatakan pihaknya akan menamatkan sepenuhnya laman tersebut bermula Januari 2022 ini.

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Untuk makluman semua, Maybank sebelum ini telah memperkenalkan laman Maybank2U versi baharu yang hadir dengan antara muka lebih moden, serta beberapa ciri-ciri menarik baharu sejak 2018 yang lalu.

Terdapat pelbagai ciri interaktif sedia ditawarkan menerusi laman Maybank2U baharu berkenaan.

Jadi, bagi pelanggan yang masih setia menggunakan laman Maybank2U versi klasik sehingga ke hari ini perlu diingatkan bahawa ia tidak boleh diakses lagi selepas tarikh berkenaan.

Kad bank hilang, ini yang perlu anda buat elak duit lesap

Menurut Maybank, perubahan ini hanya akan memberikan impak kepada segelintir kecil pengguna sahaja.

Pun begitu, usah risau, pengguna Maybank2U versi klasik masih boleh kekal menggunakan nama pengguna dan kata laluan sama dalam log masuk ke Maybank2U.

Bagi korang yang masih menggunakan Maybank2U versi klasik, jangan terkejut dengan perubahan ini apabila berlaku pada akaun korang menjelang awal tahun 2022 kelak.

Iklan

Baca juga Capai umur 18 tahun tukar akaun dewasa, TH beku akaun anak lebih usia

Sebagai langkah persiapan untuk menyesuaikan diri dengan laman Maybank2U yang serba baharu buat pengguna Maybank versi klasik, pihak Maybank turut menyediakan sejumlah video tutorial asas bagaimana laman baharu beroperasi dan ciri-ciri yang tersedia menerusi saluran rasmi YouTube Maybank.

Semoga bermanfaat!

Iklan