ANTARA perkara yang dirindukan ketika Perintah Kawalan Pergerakan berkuat kuasa hampir dua tahan lamanya adalah pergi menonton wayang.

Bagi mengubat kerinduan itu, terkini, sebuah pawagam dikenali sebagai Dadi Cinema yang terletak di Pavilion Kuala Lumpur dan Da Men USJ telah dibuka untuk orang ramai sejak 1 November lalu.

Pengurus Kanan Pemasaran Dadi Cinema, Jessica Chong berkata, Dadi Cinema yang terletak di Pavilion akan menjadi pawagam pertama di Malaysia yang memperkenalkan “konsep menonton wayang di bawah bintang” melalui Star-Max Hall yang menyaksikan seluruh dewan pawagamnya dihiasi dengan tema galaksi dan bintang gemerlapan.

Projektor laser canggih juga digunakan untuk memaparkan grafik pawagam yang lebih terang dan jelas, sementara sistem bunyi Dolby Atmos pula menawarkan pengalaman audio keliling yang menakjubkan,” katanya dalam satu kenyataan.

Menariknya lagi, Dadi Cinema Pavilion Kuala Lumpur juga menyediakan pengalaman VIP dengan layanan Star+ Hall premium yang datangnya dengan tempat duduk recliner, pad pengecasan wayarles, butang panggilan servis dan akses ke ruang istirehat peribadi yang menawarkan makanan serta minuman ringan terpilih tanpa had untuk dinikmati sebelum tayangan bermula.

 

Anak-anak kecil juga pasti terhibur di Dadi Cinema dengan adanya Lil Star Hall yang mesra keluarga. Dewan ini dilengkapi dengan tempat duduk comel yang direka khas untuk kanak-kanak dan taman permainan Lil Star Playland untuk anak-anak anda bermain, sementara menanti tayangan bermula. Kedua-dua kemudahan ini boleh didapati di kedua-dua cawangan Pavilion Kuala Lumpur dan Da Men USJ,” katanya.

Pawagam di Da Men USJ juga kata Jessica, direka bentuk berlandaskan konsep terbuka “Street Scheme” yang dihiasi dengan gambar rajah seni bina and tanda isyarat lalu lintas, sekali gus menghadirkan rasa girang buat penonton wayang meskipun sebelum tayangan bermula.

Iklan

Selain menonton filem blokbuster terkini. pengunjung pawagam juga berkesempatan untuk membeli belah di bahagian cenderahati Dadi Cinema.

Anda juga boleh mendaftar atas talian untuk kad keahlian Dadi Cinema iaitu U+ yang membolehkan anda menikmati diskaun dan tawaran istimewa di kesemua cawangan Dadi Cinema.

“Kami menjanjikan  pengalaman yang amat menyeluruh dari saat anda membeli tiket sehinggalah penghujung tayangan. Setiap detik yang dialami di Dadi Cinema adalah bermakna untuk sesiapa sahaja tanpa mengira usia. Kami tidak sabar untuk menonjolkan keistimewaan Dadi Cinema kepada semua rakyat Malaysia dan mengalu-alukan kedatangan anda semua ke kesemua pawagam baharu kami,” katanya.

Iklan

Dadi Cinema adalah sebahagian daripada Dadi Cinema Group. Ia merupakan rangkaian pawagam kedua terbesar di China dengan 2,936 skrin dalam 496 pawagam meliputi 191 bandar raya di seluruh negara itu.

Dua lagi lokasi baharu iaitu Pavilion Bukit Jalil dan Pavilion Damansara Heights telah pun dikenal pasti untuk pembukaan pada masa akan datang.

Tiket boleh diperoleh secara online, aplikasi Dadi Cinema (Huawei App Gallery & Apple Store) atau di kaunter konsesi di pawagam.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Dadi Cinema, sila layari www.facebook.com/dadicinema/ atau www.dadi.my.