Menarik! Pas keluarga Malaysia, RM15 untuk 4 orang lawati Lembah Klang

A
A
A

BERITA baik buat warga Lembah Klang, bermula Disember ini korang dapat menikmati kemudahan pengangkutan dikenali Pas keluarga Malaysia.

Pas tersebut bagi meraikan semangat Keluarga Malaysia.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob semalam melancarkan Pas Keluarga Malaysia untuk menggalakkan rakyat menggunakan pengangkutan awam.

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Menariknya, ia dijual pada kadar berpatutan dengan harga RM15 dan akan mula dijual pada 1 Disember ini.

Beliau berkata, pas yang bakal dijual pada 1 Disember ini membolehkan setiap keluarga seramai empat orang dalam satu kumpulan menikmati perjalanan satu hari tanpa had pada hari minggu dan cuti umum menggunakan perkhidmatan;

  1. Transit aliran ringan (LRT)
  2. Transit aliran massa (MRT),
  3. Monorel
  4. Bas Rapid Transit-Laluan Sunway

Menarik! Pas keluarga Malaysia, RM15 untuk 4 orang lawati Lembah Klang

Katanya, pas tersebut yang merupakan inisiatif Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) akan dijual pada harga RM15 dan dapat digunakan seramai empat orang.

"Ini bermakna setiap orang bayar RM3.75 untuk perkhidmatan yang disediakan.

Baca jugaWanita perlu tahu hak, bukan pukul atau dera sahaja, suami keluarkan nama dari syarikat juga keganasan rumah tangga - Peguam

"Inisiatif ini dapat menggalakkan orang ramai menggunakan pengangkutan awam, beriadah serta melawat tempat menarik sekitar Kuala Lumpur dan Selangor," katanya.

Wah, memang betul menarik ni! Ayuh kita rebut tawaran yang diberikan.

Jalan-jalan bersama keluarga tersayang di samping sentiasa mematuhi SOP yang ditetapkan bagi memutuskan rantaian Covid-19. #staysafe #kitajagakita

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca