Mengimbau ke alam nostalgia 60-an sambil makan-makan di A&W dengan konsep retro
WAH! Bagaikan kembali ke zaman retro 60-an.
Itu pasti yang dirasakan sebaik sahaja kaki melangkah masuk cawangan restoran A&W ke-49 yang dibuka secara rasminya di Seventeen Mall, Seksyen 17, Petaling Jaya, Selangor.
Percayalah, dekorasi sentuhan moden ala retro yang menelan belanja RM1 juta ini bakal mengembalikan nostalgia. Lebih-lebih dengan adanya sebuah peti muzik atau Juke Box akan menawarkan pilihan muzik funk, soul, disco dan klasik kepada para pelanggan.
Menarik bukan? Keanggunan deko lengkap dengan ruangan berpetak dan tempat duduk ala bar menjadikannya satu port hebat untuk ber'instagram yang lain daripada lain!
Keterujaan A&W Malaysia yang mahu menampilkan konsep retro pertama di negara ini disemarakkan dengan semangat memperingati perjalanan sebagai restoran makanan segera pertama di Malaysia sejak tahun 1963.
Ketua Pegawai Eksekutif A&W Malaysia, George Ang berhasrat untuk mengembalikan ‘kegemilangan zaman dahulu’. Pada masa sama, sudah tentu ia bagi menarik pelanggan dalam kalangan generasi muda dan moden.
“Sejak tahun 1963 lagi, rakyat Malaysia telah membesar dengan jenama ini dan juga menggemari hidangan menu ikonik. Ia termasuk coney yang enak, waffle yang menyelerakan dan A&W RB yang menyegarkan.
Artikel berkaitan: [VIDEO] Subhanallah… ramai sanggup beratur panjang nak masuk kedai Ustaz Ebit Lew
“Para pelanggan juga menggemari hidangan istimewa kami termasuk Mozza Burger dan A&W Aroma®Chicken yang diperbuat daripada ramuan-ramuan yang segar untuk memastikan kualiti yang terbaik,” tuturnya.
Bagi mereka yang masih takut-takut untuk makan di tempat awam, jangan bimbang. A&W Malaysia mengutamakan keselamatan para pelanggan dan melaksanakan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.
Jika tiada topeng muka untuk masuk, boleh saja beli di pintu masuk restoran dengan harga RM1 je... Keuntungan jualan tersebut akan disalurkan kepada badan amal tau.
Restoran ke-49 ini dikatakan boleh memuatkan sehingga lebih 80 pelanggan pada satu-satu masa. Zon persendirian pula boleh tampung 20 orang untuk majlis hari jadi atau keramaian.
So? Apa tunggu lagi? Jom nikmati hidangan yang disediakan sambil mengimbau kenangan dengan lagu-lagu zaman 60-an, 70-an dan 80-an.
Dengar cerita, ada sebuah lagi restoran dengan penampilan dan suasana retro yang sama akan dibuka di Ipoh Parade pula. Buat orang Ipoh, moh komer... nantikan kemunculannya.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang