AKHIRNYA terjawab teka teki! Kini Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob diumum sebagai Perdana Menteri ke sembilan Malaysia.

Jawatan nombor satu negara itu kini digalas beliau setelah perletakan jawatan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri ke lapan, Isnin lalu.

Dengan itu, SinarPlus kongsikan biodata ringkas Ismail Sabri yang juga dikenali sebagai Pak Long itu.

1. Dilahirkan di Temerloh, Pahang pada 18 Januari 1960. Mula bersekolah di Sekolah Kebangsaan Bangau pada 1967.

2. Kemudian menyambung pengajian di Sekolah Menengah Air Putih, Kuantan (1973), Sekolah Menengah Teknik Kuantan (1976) dan pengajian Tingkatan Enam di Jaya Akademik.

3. Melanjutkan pengajian di Universiti Malaysa dalam bidang undang-undang.

4. Memulakan kerjaya sebagai seorang peguam pada 1985 di usia 25 tahun, kemudian beliau dilantik sebagai Ahli Majlis Daerah Temerloh pada 1987 dan Ahli Majlis Perbandaran Temerloh pada 1996.

5. Dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah Lembaga Tenggara Pahang (DARA) pada 1995 serta menjadi Ahli Lembaga Promosi Perlancongan Malaysia pada tahun yang sama.

6. Sebelum memasuki Parlimen pada 2004, beliau berkhidmat sebagai Pengerusi Kompleks Sukan Negara.

7. Ahli Parlimen Bera itu berkahwin dengan Datin Seri Muhaini Zainal Abidin pada 1986 dan dikurniakan empat anak.

8. Kali pertama bertanding pada Pilihan Raya Umum (PRU) 2008 atas tiket Barisan Nasional (BN) di kawasan Parlimen Bera dan menang dengan majoriti 18,051 undi, sekali gus terus diangkat menjadi Menteri Belia dan Sukan oleh Perdana Menteri Kelima, Tun Abdullah Ahmad Badawi.

9. Pernah menggalas Menteri Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna; Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani; dan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan  Wilayah.

10. Pada 7 Julai 2021, Ismail Sabri diangkat ke jawatan Timbalan Perdana Menteri Malaysia dan kekal memegang portfolio Menteri Pertahanan, oleh Perdana Menteri ketika itu Tan Sri Muhyiddin Yassin sekali gus menjadi individu pertama yang melangkaui jawatan Timbalan Presiden dan Presiden UMNO untuk menduduki kerusi nombor dua negara.

Anugerah dan gelaran;

1. Melaka

Iklan

Darjah Mulia Seri Melaka (DMSM) – Datuk (2004)

Darjah Gemilang Seri Melaka (DGSM) – Datuk Seri (2020)

2. Pahang

Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) – Dato’ (2005)

Iklan

Sri Sultan Ahmad Shah Pahang (SSAP) – Datok’ Sri (2008)

3. Sabah

Seri Panglima Darjah Kinabalu (SPDK) – Datuk Seri Panglima (2020)

Selamat menjalankan tugas Datuk Seri Ismail Sabri!