Musim panas, aircond pula tak sejuk walaupun suhu 16C! Kena tahu puncanya

SEDIA maklum musim panas yang melanda negara sekarang ini menjadikan kita sangat memerlukan aircond.

Tambah pula negara sedang di bawah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang mana sesetengahnya masih bekerja dari rumah sebagai satu usaha membendung jangkitan Covid-19.

Penggunaan aircond di rumah setiap hari juga menjadi lebih daripada biasa bagi memenuhi keselesaan.

Namun tahukan korang, jika aircond tiba-tiba terasa tidak sejuk, ia seharusnya di ‘off’?

Ini kerana aircond tidak sejuk boleh menyebabkan kerosakan pada bahagian lain jika terus digunakan. Call technician aircond korang dengan segera.

Ramai yang tidak ambil tahu, jika aircond tak sejuk dibiarkan ‘On’ boleh menyebabkan kerosakan lebih teruk terutamanya ‘compressor’.

Iklan
Iklan

Jadi, korang turut perlu ambil tahu serba sedikit punca aircond tidak sejuk walaupun sudah diletakkan suhu 16 celcius.

1. Masalah pemasangan

Pemasangan tidak mengikut standard yang ditetapkan. Unit outdoor dipasang di tempat yang tidak sesuai. Tiada pengaliran udara yang baik.

Saiz copper pipe yang tidak tepat digunakan. Kes ini selalu terjadi apabila rumah yang sudah tersedia copper pipe dalam dinding.

Sepatutnya copper tersebut untuk aircond 2 Horse Power(HP), tetapi dipasang aircond 1HP.

Masalah ini selalunya disebabkan pengguna sudah membeli aircond tanpa merujuk pada technician aircond yang bertauliah.

Ini kerana, terdapat beberapa formula untuk menentukan kapasiti aircond yang bersesuaian.

Bukannya sekadar agak-agak sahaja. Aircond yang tidak cukup HP bukan sahaja tak sejuk, malah menyebabkan bil elektrik tinggi.

2. Gas habis atau tidak mencukupi

Masih ramai yang tidak faham bahawa gas aircond tidak akan kurang sekiranya tiada kebocoran.

Sekiranya aircond kurang gas, ini bermakna ada kebocoran. Antara sebab bocor ialah:-

  1. Nut tak ketat
  2. Nut pecah semasa pemasangan
  3. Sambungan copper pipe pecah
  4. Service Valve rosak
  5. Cooling Coil bocor.

Sebab-sebab diatas berkait rapat dengan kurangnya pengalaman dalam pemasangan aircond.

Banyak kes terjadi, pengguna mengatakan aircond tak sejuk walaupun tak sampai sebulan dipasang. Selepas diperiksa, aircond tersebut tiada gas atau tidak mencukupi.

3. Tidak cuci filter setiap bulan

Tahukah korang, filter pada aircond itu perlu dicuci setiap bulan. Caranya sangat mudah, hanya perlu tanggalkan dan cuci.

Selepas itu keringkan dan pasang semula.

Filter yang dipenuhi habuk akan menyebabkan aircond tak sejuk. Perlu diingatkan juga, setahun sekali aircond perlu buat ‘service chemical cleaning’.

4. Capacitor atau compressor rosak

Compressor aircond ini serupa jantung pada aircond. Jika ianya rosak, aircond akan menjadi tidak sejuk.

Compressor aircond tidak boleh dibaiki,ianya hanya boleh ditukar ganti dengan yang baru.

Tetapi selalunya capacitor compressor sahaja yang rosak. Kos tukar capacitor jauh lebih murah berbanding kos tukar compressor.

Jadi,untuk memastikan part apa yang rosak, korang perlu panggil technician aircond yang berpengalaman.

Kos untuk menukar compressor ini sangat mahal. Sebab itu, rata-rata kilang memberikan warranty lima tahun untuk compressor aircond sahaja. Ada juga
yang beri 7 dan 10 tahun warranty.

Antara sebab compressor aircond rosak ialah:-

  1. Gas tiada, tetapi aircond dibiarkan hidup
  2. Tidak membuat major servis
  3. Aircond salah pemasangan

Baca juga Jangan biarkan rumah kita dipenuhi kuman, bakteria. Ini cara alternatif untuk mencegahnya

Pastikan aircond korang diselenggara oleh technician yang bertauliah. Carilah technician dari syarikat yang berdaftar jika tidak mahu kerugian di masa akan datang.

Sekiranya aircond tak sejuk segeralah matikan ia sehingga technician tiba untuk membuat pemeriksaan.

Punca-punca di atas juga patut korang ambil tahu sebagai ilmu supaya tidak mudah tertipu.

Semoga bermanfaat!

Sumber: Apis Adimada

Share
Faezah Muda

 

Published by
Faezah Muda

Recent Posts

Bella Astillah ke peringkat antarabangsa, lagu Sumandak Sabah bergema di China. Warganet bangga, doa terus sukses

PELAKON dan penyanyi, Bella Astillah kini semakin 'mendunia' apabila terpilih mewakili Malaysia untuk beraksi di…

29 mins ago

Raikan guru tersayang dengan hadiah kejutan, ini 5 item paling praktikal sebagai special gift 16 Mei

SETIAP tahun, sambutan hari guru pada 16 Mei antara tarikh yang dinanti-nantikan, tak kiralah sama…

2 hours ago

‘Kasih sayang mertua menantu yang istimewa. Sebak tengok!’ Puteri Sarah rai hari jadi Datuk Yusof bikin ramai terharu

TERSENTUH hati melihat kemesraan antara bekas menantu dan mentua iaitu Puteri Sarah Liyana dan Datuk…

2 hours ago

Puteri sulung genap 12 tahun, 23 pesanan Fedtri Yahya untuk Indah Sutera Jannah undang sebak

PEJAM celik, pantasnya masa berlalu. Siapa sangka anak sulung pengacara tersohor Ahmad Fedtri Yahya, Indah…

3 hours ago

Klinik Nara anjur rumah terbuka, rai pelanggan sempena ulang tahun ke-4. Turut perkenal rawatan estetik dengan teknologi baharu

KLINIK  Nara, peneraju dalam rawatan estetik dan kecantikan baru-baru ini meraikan ulang tahun ke 14…

19 hours ago