TANDA tanya ramai mengenai status perkahwinan pelakon dan pengacara, Irma Hasmie bersama Redza Syah Azmeer akhirnya terlerai.

Menerusi satu perkongsian oleh rakan baiknya, ikatan pernikahan wanita berumur 42 tahun itu rupa-rupanya sudah berakhir sejak enam bulan yang lalu.

Baca ni Redza Syah Azmeer kongsi gambar bernikah lagi, status Irma Hasmie jadi tanda tanya. ‘Perjalanan baharu telah bermula…’

Hantaran tersebut dimuat naik Reen Emran menerusi Insta Story miliknya. Malah, ia turut dikongsikan pengacara serta penceramah motivasi, Amin Idris melalui medium yang sama.

“Bagi menjawab kepada persoalan apakah status mereka (Irma serta Redza) sekarang dan untuk mengelakkan dari terus timbul fitnah. Saya dengan ini mewakili sahabat saya ingin mengeluarkan kenyataan (dengan izin dia sendiri).

“Buat pengetahuan… mereka sudah sah bercerai enam bulan lepas. Dengan persoalan yang sudah terjawab, saya mohon pada semua beri ruang untuk sahabat saya,” ujar beliau.

irma

Malah, menurut Reen lagi, sahabat baiknya itu bersama dua cahaya mata iaitu Redza Syed Irfhan, 11, serta Irma Nur Naylie, 10, berada dalam keadaan baik.

“Beliau dan anak-anak okay dan sihat saja.

“Alhamdulillah Allah kurniakan sesuatu yang lebih baik dan indah,” ujarnya.

Bukan itu sahaja, Reen turut mendedahkan empunya diri atau nama sebenarnya Irma Hasmie Ibrahim bakal mengerjakan ibadah haji tidak lama lagi.

Baca juga Harapkan yang baik-baik untuk diri & anak, Irma Hasmie enggan kongsi lanjut perkahwinan Redza Syah Azmeer

“Mohon semua doakan yang baik baik buat sahabat saya. Terima kasih semua…” katanya.

Iklan

Untuk rekod, rumah tangga Irma dan Redza menjadi tumpuan selepas bekas suaminya itu berkongsi foto perkahwinan terbaharu beliau menerusi akaun Instagramnya.

Sebelum itu, timbul dakwaan rumah tangga pasangan tersebut mempunyai masalah selepas Irma memuat naik status mengenai kesabaran seorang wanita.

Baca juga ‘Didikan baik seorang ibu.’ Anak Irma Hasmie hadiah kad, ucapan istimewa sempena hari lahir ayahnya raih pujian. Sweet betul!

Bahkan. mereka juga jarang memuat naik foto bersama sejak Ogos 2023.

Iklan

Untuk rekod, Irma dan Redza mendirikan rumah tangga pada 2012 dan dikurniakan sepasang cahaya mata.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat! 

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!