BELUM pun reda isu kenaikan harga sayuran, kini roti pula!

Berita kurang baik buat penggemarnya, Gardenia Bakeries (KL) Sdn Bhd (Gardenia KL) memaklumkan akan menaikkan harga bagi produk-produk roti Gardenia berkuat kuasa 1 Disember ini.

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Menerusi satu kenyataan yang turut tular di media sosial, senarai harga baru beberapa jenis roti Gardenia tersebut mengalami kenaikan dari 10 sen hingga 45 sen.

Menurut portal tempatan, pihak Gardenia KL berkata antara sebab kenaikan adalah;

1. Peningkatan ketara dalam kos pengeluaran dan bahan yang di luar kawalan mereka meletakkan syarikat itu dalam kedudukan sukar tanpa sebarang pilihan kecuali menyemak semula harga (price revision).

2. Amat terkesan dengan cabaran ketika pandemik dan berusaha sedaya upaya untuk menyerap kenaikan harga bahan mentah selama ini namun peningkatan ketara baru-baru ini menghadirkan cabaran berbeza.

3. Penetapan harga baru itu melibatkan produk dalam keadaan tertentu, yang mengekalkan harga sama selama bertahun-tahun, termasuk rangkaian roti Gardenia Original Classic.

4. Semakan harga ini dilaksanakan ekoran kenaikan harga bahan mentah, antara lain termasuk tepung, tepung gandum penuh, lemak sayuran, serbuk koko, susu dan pembungkusan.

5. Kenaikan harga adalah langkah terakhir setelah semua usaha digembleng terlebih dahulu.

Produk Gardenia yang naik harga juga meliputi rangkaian Gardenia Delicia, ban, roti krim, mufin, Gardenia Twiggies, wafel dan Gardenia NuMee.

Iklan

roti

Berikut antara harga baharu produk Gardenia yang tersenarai itu berkuatkuasa 1 Disember 2021;

Iklan
  1. Gardenia QuickBites Cream Roll (semua perisa) – RM1.00
  2. Gardenia QuickBites Butter Toffee – RM1.20
  3. Gardenia QuickBites Red Bean – RM1.20
  4. Gardenia Double Choc Muffins – RM2.00
  5. Gardenia Original Classic – RM2.80
  6. Gardenia Original Classic Jumbo – RM4.00
  7. Gardenia Bonanza Big Value – RM3.10
  8. Gardenia Wholemeal – RM3.60
  9. Gardenia Delicia (semua perisa) – RM5.00

Baca juga Guna ‘Android box’ tonton siaran swasta tapi tak bayar, ini respon mufti

  1. Gardenia Toast’em (semua perisa) – RM5.00
  2. Gardenia Fluffy Buns (semua perisa) – RM3.70
  3. Gardenia Twiggies (semua perisa) – RM1.80
  4. Gardenia Waffles (semua perisa) – RM1.40
  5. Gardenia Puazz! Sambal Bilis – RM1.30
  6. Gardenia Puazz! Sambal Mackerel – RM2.20
  7. Gardenia Puazz! Kari Ayam – RM2.20
  8. Gardenia NuMee – RM1.70