Najib cari individu yang edit gambar beliau berimej rambut panjang dan sebar di Twitter
ZAMAN sekarang teknologi serba canggih! Bukanlah menjadi satu kesukaran untuk kita menghasilkan gambar yang cantik tanpa perlu khidmat professional. Betul tak?
Ini kerana kini semuanya boleh dibuat di hujung jari dan mampu dilakukan sendiri dengan hanya menggunakan sebuah smartphone.
Dengan menggunakan smartphone, pelbagai aplikasi boleh digunakan dengan mudah termasuk menyunting gambar.
Namun, kecanggihan teknologi itu juga ada kalanya disalah guna oleh sesetengah pihak yang tidak bertanggungjawab.
Buktinya, kini ramai yang menjadi mangsa terutama pemimpin dunia apabila gambar mereka sewenang-wenangnya disunting untuk dijadikan bahan troll yang dilihat seolah menjadi trend dan ikutan ramai dalam kalangan masyarakat.
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak juga antara individu yang sering kali dilihat tidak terlepas dengan perbuatan tersebut.
Hari ini, menerusi ciapan beliau di laman Twitter miliknya yang dikenali sebagai @NajibRazak telah berkongsi sekeping gambar lama beliau yang telah diedit pada bahagian rambut.
Melalui ciapan itu juga Najib dikatakan ingin tahu siapakah individu yang menyunting gambar mudanya yang kelihatan berimej ala-ala vokalis kumpulan My Chemical Romance.
“Siapa yang edit gambar masa saya muda untuk tambah rambut panjang, lepas tu sebar kat twitter?,” tulisnya ringkas.
Sebagai info, My Chemical Romance atau juga dikenali sebasgai MCR adalah merupakan kumpulan rock yang berasal dari Amerika Syarikat dan telah ditubuhkan pada tahun 2001.
Kumpulan itu telah dibentuk oleh Gerard Way dan Matt Pelissier seminggu selepas serangan 11 September 2001.
Kalau korang nak tahu, selepas MCR ditubuhkan mereka telah menandatangani perjanjian dengan Eyeball Records.
Semasa mereka bersama dengan Eyeball Records, mereka telah menemui Frank Lero yang merupakan vokalis utama dan gitaris untuk kumpulan Pencey Prep.
Setelah Pencey Prep berpecah, Frank Lero telah menyertai MCR beberapa hari sahaja lagi sebelum album sulung mereka direkodkan.
Sementara itu, respon yang diberikan oleh pengguna Twitter lain adalah seperti ;
"Jangan risau. Tetap hensem juga tu" @tsadzalie"Eh..ok apa..boss ku... macam hero hollywood 60-an pun ada" @zulfekar72"Saya ingat gambar Dato Seri. Rupanya ada yang sunting bahagian rambut" @AimanArif1224
"Depa dengki lah tu.. manusia ada penyakit hati.. benci tapi rindu orang kata. Luaran biaq pi lah.. yang penting Tuhan tengok hati kita" @anfieldmama
Siapa yang edit gambar masa saya muda untuk tambah rambut panjang, lepas tu sebar kat twitter? pic.twitter.com/Ag0DqDRXuY
— Mohd Najib Tun Razak (@NajibRazak) ?ref_src=twsrc%5Etfw">January 27, 2021
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang