Padah berlagak samseng tahan kereta, pemandu Proton Perdana diberkas polis

04
04
A
A
A

BARU-BARU ini tular sebuah video klip di laman sosial memaparkan seorang lelaki bersongkok bertindak ala samseng menghalang sebuah kenderaan lain.

Menerusi video berdurasi dua minit 18 saat yang dimuat naik di laman Twitter itu, pelakunya menaiki sebuah kereta jenis Proton Perdana.

Jangan lupa follow Sinarplus di Instagram! 

Berdasarkan video berkenaan, kereta Proton Perdana itu didakwa cuba memotong barisan di sekitar jalan di Setia Alam, Selangor sebelum mengejar kenderaan mangsa lalu berhenti dan menghalang laluan.

Justeru, hari ini pemuda tersebut telah diberkas polis bagi membantu siasatan.

Menurut Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib, berikut beberapa fakta kes berkaitan;

1. Pemandu Proton Perdana berusia 30 tahun itu ditahan ketika hadir memberi keterangan di balai polis sekitar Shah Alam, hari ini.

2. Penahanan suspek dilakukan selepas pihaknya menerima laporan polis dibuat mangsa yang mendakwa diugut berkaitan kejadian itu.

3. Pengadu itu mendakwa menerima ugutan melalui mesej suara daripada pemilik akaun Facebook (FB) bernama ‘Koi Airil Ossai’.

4. Individu itu memberitahu pengadu supaya tidak perlu menularkan video berkenaan dan meminta supaya memadamkannya.

5. Selain itu, pengadu diminta membuat laporan polis sekiranya berasa tidak selamat.

6. Kes disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia.

Baca juga [VIDEO]Gajah gelongsor comel turun dari timbunan tanah raih jutaan tontonan

7. Polis turut masih mengesan pemilik akaun FB Koi Airil Ossai itu untuk siasatan lanjut.

Jalan raya milik bersama, saling hormat-menghormati dan bertolak ansur kan amalan mulia.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca