Pasangan tular ‘gelang pink’ bukan pesakit yang menjalani tempoh kuarantin, tapi…

Pasangan tular ‘gelang pink’ bukan pesakit yang menjalani tempoh kuarantin, tapi…
Pasangan tular ‘gelang pink’ bukan pesakit yang menjalani tempoh kuarantin, tapi…
A
A
A

AKHIRNYA persoalan dan teka teki terjawab sudah! Sepasang kekasih yang gambar mereka baru-baru ini tular di media sosial kerana memakai “gelang pink” dan berada di kawasan letak kenderaan Bukit Bendera di sini pada Ahad lepas disahkan bukan pesakit di bawah pengawasan (PUS) Covid-19.

Memetik laporan akhbar portal tempatan, ketika mengesahkan perkara itu hari ini, Ketua Polis Daerah Timur Laut, ACP Soffian Santong berkata, siasatan polis mendapati mereka dipakaikan gelang berwarna merah jambu berkenaan oleh pembantu jualan sebuah kedai haiwan peliharaan di New World Park di, George Town, pada hari kejadian.

Pasangan berkenaan memaklumkan mereka juga tidak pernah ke luar negara dan semakan dengan Kementerian Kesihatan mendapati nama kedua-duanya tiada dalan senarai PUS atau diarahkan menjalani kuarantin di rumah, katanya dalam kenyataan hari ini.

Mengulas kejadian itu, Soffian berkata, susulan laporan polis yang diterima daripada seorang individu, pihaknya bertindak mengesan pasangan terbabit yang kemudian dikenal pasti sebagai seorang lelaki berusia 21 tahun yang tinggal di Permatang Tengah, Butterworth dan teman wanitanya yang berusia 22 tahun yang menetap di Sungai Puyu, Butterworth.

"Pasangan kekasih itu mendakwa ke kedai haiwan peliharaan di New World Park, di sini pada 12.30 tengah hari Ahad dan dipakaikan tag atau gelang tangan berwarna pink dengan tulisan 'Husky And The Gang' oleh pekerja kedai terbabit," katanya.

Beliau berkata disebabkan pasangan tersebut ingin kembali ke kedai haiwan itu pada sebelah malam, mereka tidak menanggalkan gelang berkenaan bagi mematuhi syarat yang telah ditetapkan sebelum ke Bukit Bendera.

Diharap penjelasan ini menjawab semua persolan orang ramai yang mana isu ‘gelang pink’ dilihat sangat sensitif dan menjadi bualan ramai warganet ekoran beberapa kes tular yang sering dilaporkan sejak kebelakangan ini.

Mana tidaknya, sedang negara dan kerajaan gigih melakukan pelbagai usaha bagi menangani pendemik Covid-19, jika terdapat individu masih berdegil dan tidak bertanggungjawab sehingga mampu menjadi penyebab pelbagai kluster, bermakna segala usaha selama ini hanyalah sia-sia.

Jadi, patuhi lah segala SOP dan garis panduan yang telah ditetapkan dan jadilah individu yang prihatin dan bertanggungjawab demi negara tercinta.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca