Pawagam ‘Drive In’ pertama di Lembah Klang kini di Jalan Ampang

A
A
A

BERITA baik buat ‘kaki wayang’ yang menetap di sekitar Lembah Klang, konsep pawagam ‘drive in’ pertama di Lembah Klang kini di Kuala Lumpur.

Merupakan program di bawah anjuran TwoSpicy Entertainment Live dan MD Events Asia, pawagam drive in ini menggunakan konsep menonton dari dalam kereta. Tayangan akan dilakukan di kawasan yang luas dan terbuka.

Ia akan diadakan di tempat letak kereta bersebelahan MaTic di Jalan Ampang. Orang ramai akan duduk di dalam kereta mereka dan menikmati tayangan filem di skrin berukuran 9×4 meter berserta audio daripada radio player mereka sendiri yang disambungkan melalui Bluetooth atau Aux port.

Pawagam ‘Drive In’ pertama di Lembah Klang kini di Jalan Ampang

Bagi kenderaan yang tidak mempunyai pilihan Aux port atau Bluetooth, speakers Bluetooth akan diberikan kepada mereka oleh pihak penganjur.

Penonton diberi pilihan mengikut keselesaan. Paling utama pihak penganjur akan memastikan setiap kereta akan mendapat akses suara yang jelas.

Setiap hari, hanya dua tayangan diadakan iaitu sesi pertama berlangsung pada jam 7.30 malam hingga 9.00 malam dan sesi kedua akan berlangsung jam 9.00 malam.

Hanya 50 kenderaan yang dibenarkan pada setiap tayangan dan jenis kereta sedan akan ditempatkan di barisan hadapan. Sementara dua lagi barisan di belakang akan menempatkan jenis kenderaan MPV dan SUV untuk tidak menghalang pandangan penonton lain.

Antara filem yang ditayangkan adalah Titanic, Jangan Pandang Belakang dan Crazy Rich Asians.

Langkah-langkah keselamatan merangkumi pemeriksaan suhu akan dilakukan. Penonton akan dibawa oleh petugas untuk ke tempat yang telah ditetapkan.

Program ini juga semestinya mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Pawagam drive in ini juga khabarnya bakal dilancarkan hari ini guys!

Sebelum tiket sold out, lebih baik korang serbu laman web mereka cepat.

Selamat menonton!

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca