Pedofilia: Ibu bapa pantaulah anak kecil yang berTikTok
KATA orang beringatlah sebelum terkena. Kalau boleh elakkan perkara yang boleh mengundang musibah di kemudian hari.
Memanglah malang tidak berbau. Namun begitu, jangan terlalu leka hingga terlupa setiap yang baik pasti ada sahaja 'iblis' yang cuba mengganggu.
Kecanggihan teknologi misalnya, antara kemudahan sepatutnya digunakan untuk perkara kebaikan. Tapi jangan tak tahu, ada ramai kini yang menggunakannya untuk tujuan yang tidak baik.
Penggunaan TikTok antaranya, perkara yang perlu diberikan perhatian. Dalam keghairahan menggunakannya, jangan alpa ada 'mata' jahat yang memandang.
Usah langsung macam tak risau 'mata' pedofilia. Ibu bapa pantaulah anak kecil yang ber'TikTok.
Kadang yang elok, comel, putih, gebu, memang menarik 'minat' golongan yang 'sakit' dengan kegilaan mereka terhadap kanak-kanak itu.
Jadi kegilaan
APLIKASI TikTok kini menjadi kegilaan setiap lapisan masyarakat, baik di Malaysia mahupun luar negara.
Ia menjadi platform untuk mengekspresikan diri dalam pelbagai cara. Antaranya nyanyian, tarian, seni fotografi dan sebagainya.
Namun demikian, dalam keterujaan menggunakan aplikasi tersebut, tolong ambil peduli mengenai individu yang cuba mengambil kesempatan kepada kanak-kanak (pedofilia).
Mereka ini akan cuba memanipulasi keseronokan merakam cabaran berTikTok dengan melakukan pengantunan kanak-kanak (child grooming); meminta anak kecil berkenaan menyentuh atau melihat bahagian sulit pada tubuh.
Rakaman video tersebut kemudiannya mungkin disimpan sebagai koleksi peribadi atau disebarkan kepada individu pedofilia lain.
Oleh itu ibu bapa sekalian, sila pantau dengan siapa anak kecil anda ber'TikTok. Pastikan setiap cabaran yang dilakukan sentiasa di bawah pengawasan anda. Sedikit terlalai, anak anda mungkin menjadi mangsa mereka yang tidak bertanggungjawab.
Sumber: Human Tracfficking is not a myth dan Bobbi Lynne Starr via FB Polis Diraja Malaysia (Royal Malaysia Police)
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang