Ibu kecewa anak perempuan dibuli, pelajar darjah satu hantar surat berbentuk hinaan dengan jari tengah

No Image Caption
A
A
A

MENDIDIK anak-anak bukan tugas yang mudah, namun itu bukanlah alasan untuk kita mengabaikan perubahan yang berlaku pada diri mereka.

Baru-baru ini, tular kisah seorang ibu yang meluahkan rasa kecewa dan marah apabila anak perempuannya menjadi mangsa buli sehingga trauma dan takut untuk ke sekolah.

Pada awalnya, wanita yang dikenali sebagai MaderYana menganggap perubahan sikap anaknya yang enggan ke sekolah hanyalah perkara biasa, seperti kebanyakan kanak-kanak lain yang suka bermain.

Meskipun agak pelik melihat anaknya sering menangis setiap kali tiba hari persekolahan, siapa sangka, ada rahsia yang dipendam oleh anak kecil itu.

Alangkah terkejutnya MaderYana apabila menjumpai beberapa keping kertas renyuk dengan contengan tidak senonoh dan hinaan di dalam beg galas sekolah anaknya.

No Image Caption

Sebagai ibu, sudah pasti terkedu sejurus melihat kertas tersebut yang jelas memperlihatkan lukisan jari tengah serta kata berbentuk penghinaan terhadap bentuk badan anaknya.

"Budak darjah 1 boleh tahap sampai melukis jari tengah macam tu dan 'body shaming'.Its not normal ya!

Artikel Berkaitan:

"Macam mana budak darjah 1 boleh terdedah dengan benda-benda macam ni,"ujarnya.

Ibu kepada kanak-kanak berusia tujuh tahun itu turut berkongsi kesan emosi yang dialami anaknya akibat perbuatan buli tersebut.

Si kecil itu sering menangis, menunjukkan perubahan sikap seperti mudah marah, dan kehilangan semangat untuk ke sekolah.

"Asbab benda ni hari- hari anak aku menangis tak nak pergi sekolah.

"Aku perasan dia jadi aggressive selalu nak mengamuk mungkin sebab nak lepaskan perasaan,"ujarnya.

No Image Caption

Menurut anak perempuannya, selain menerima surat berisi kata-kata hinaan, dia turut menjadi mangsa perlakuan fizikal.

Tudungnya sering ditarik, dipanggil dengan panggilan menghina seperti "babi" bahkan dipukul oleh rakan sekelasnya.

"Aisyah cerita selalu kena tarik tudung, dipanggil dengan perkataan "babi", dipukul dan ditunjuk jari tengah,"kata anak itu.

Bagaimanapun SinarPlus berpendirian bahawa buli bukan isu remeh. Ia bukan sahaja melibatkan individu, tetapi membentuk generasi.

Sebagai ibu bapa, kita bertanggungjawab memantau anak-anak agar tidak menjadi mangsa mahupun pelaku kerana setiap anak berhak untuk berasa selamat dan dihormati di mana saja, termasuk sekolah.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang