AKAUN Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) khas untuk kecemasan atau dikenali sebagai Akaun 3 atau Akaun fleksibel bakal dilaksanakan pada April tahun hadapan.

Bakal menjadi kenyataan, akaun berkenaan dicadangkan itu akan berfungsi seperti akaun simpanan dan ahli boleh mengeluarkan simpanan mereka pada bila-bila masa.

Berikut 10 fakta berkaitan:

1-Perkara tersebut dijelaskan Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Seri Ahmad Maslan bahawa perincian berkaitan akan dibuat ketika KWSP mengumumkan agihan dividen pada Februari depan.

2-Ahmad menjelaskan pihaknya sedang meneliti dari sudut kaedah tertentu mengenai akaun berkenaan yang tidak terlalu menjejaskan pendapatan pencarum.

3-Peratusan tertentu Akaun 3 akan ditetapkan dan boleh dikeluarkan pada waktu kecemasan yang akan diperincikan akan datang.

4-Buat masa ini organisasi berkaitan boleh memberikan pandangan mereka mengenai akaun fleksibel itu dan mereka juga boleh menulis kepada Kementerian Kewangan dan KWSP.

5-Belanjawan 2024 lalu mengumumkan satu lagi akaun KWSP yang dikenali sebagai Akaun 3 atau Akaun Fleksibel akan diwujudkan bagi membolehkan ahli mengakses pada bila-bila masa.

6-Ini selari dengan situasi penuaan dan landskap kerja yang berkembang ke arah tidak formal di Malaysia.

Kredit foto utama: Bernama

7-Pengerusi KWSP, Tan Sri Ahmad Badri Mohd Zahir berkata negara ASEAN menghadapi isu kritikal berkaitan kerentanan pekerja tidak formal di seluruh rantau ini.

8-Sekitar 244 juta pekerja di rantau ASEAN memperoleh pendapatan mereka daripada pekerjaan tidak formal, merangkumi 79 peratus daripada populasi bekerja di rantau ini.

Iklan

9-Jumlah itu melepasi purata global sebanyak 61 peratus dan purata Asia Pasifik sebanyak 68 peratus.

10-Untuk itu, KWSP sentiasa mengkaji semula skim mereka untuk memastikan ahli boleh memenuhi keperluan hidup tanpa menjejaskan simpanan mereka bagi persaraan kelak.

Terdahulu, KWSP membenarkan pencarum membuat pengeluaran menerusi i-Lestari , i-Citra, i-Sinar dan pengeluaran khas dengan had tertentu bagi membantu untuk meneruskan kelangsungan hidup selepas terkesan susulan Perintah Kawalan Pergerakan.

Iklan

Sumber: Buletin TV3

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mallsekarang!