Pendarahan ketika hamil, adakah ibu masih perlu solat dan puasa? Ini jawapan agamawan

KETIKA hamil, wanita lazimnya tidak mengalami haid. Bagaimanapun dalam keadan tertentu, berlaku pendarahan sebelum bersalin yang disebabkan pelbagai punca. Menjadi persoalan para wanita, adakah sah ibadah solat dan puasa yang ditunaikan atau ia perlu diqada?

Menurut Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, wanita hamil mengalami pendarahan dianggap haid menurut pandangan muktamad Syafie sekiranya ia mencukupi syarat tempoh minimum haid iaitu sehari semalam bersamaan 24 jam dan tidak melebih 15 hari 15 malam.

“Wanita hamil yang mengalami pendarahan disarankan untuk mendapatkan pandangan doktor perubatan kerana dikhuatiri kandungan mengalami masalah. Sekiranya berlaku keguguran, maka darah yang keluar selepas kosongnya rahim ialah darah nifas,” katanya.

Iklan
Iklan

Baca juga: Gugur pada usia kandungan masih kecil, dikira darah nifas – Pendakwah ini beri contoh situasi mudah untuk difahami

Baca juga: Sakit perut 2 tahun, seperti hamil, wanita rupanya alami ketumbuhan ovari 35kg, diameter 40cm

Dalam Islam, terdapat beberapa jenis pendarahan yang berlaku disebabkan kehamilan seperti berikut:

Darah nifas –

Darah yang keluar selepas rahimnya kosong akibat bersalin atau keguguran dan sebelum berlalunya 15 hari daripada tempoh kosong rahim.

Darah al-tolaq – Darah yang keluar ketika sakit melahirkan anak.

Darah fasad – Darah yang keluar semasa kelahiran bayi. Namun begitu, terdapat beberapa keadaan pendarahan wanita hamil tetapi bukan kerana keguguran atau sakit bersalin.

Baca juga: Pakai inai semasa hamil, bersalin cetus timbul tanya, ini yang perlu ibu tahu

Baca juga: Tempoh minimum haid adalah 24 jam. Kalau kurang, bukan period namanya…

LIMA INFO DARAH NIFAS

1-Menurut mazhab al-Syafie, hak maksimum bagi darah nifas adalah 60 hari.

2-Bagi mazhab Hanbali, had maksimum darah nifas iaalah 40 hari.

3-Jika darah nifas berhenti dan naqa’ (bersih tanpa darah) selepas 15 hari, kemudian datang kembali tetapi tempohnya masih tidak melebihi 60 hari.

4-Pendarahan kali kedua tersebut tidak boleh dikira darah nifas sebaliknya adalah darah haid kerana terdapat selang selama 15 hari suci.

5-Begitu juga sekiranya darah yang kedua itu melebihi 15 hari tetapi masih belum melepasi kadar maksimum haid iaitu 60 hari, maka ia dikira sebagai darah istihadah

.

Baca juga: Radang otak, keguguran, bahayanya influenza kepada ibu hamil

Baca juga: Uri di bawah ketika hamil, ini komplikasi-komplikasi yang perlu ibu wajib tahu

Sumber: Pejabat Mufti Wilayah 1, 2

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah yang menginspirasikan

Share
Azma ML

Recent Posts

‘Alhamdulillah, selesai’. Individu hina anak Caprice melutut mohon maaf, solat taubat di masjid

BARU-baru ini penyanyi hip hop dan pempengaruh, Caprice, 36 dan isteri, Farra Inalis, 29, menzahirkan…

6 hours ago

Bagusnya! Rider jujur dipuji warganet maklumkan pelanggan kedai tiada sijil halal, hati-hati tempah makanan online

TULAR satu video di media sosial memaparkan seorang penunggang p-hailing memberi peringatan kepada pelanggan tentang…

9 hours ago

‘Kepala pusing macam kena gempa bumi’. Wanita derita vertigo dan diserang strok dua kali mohon bantuan

SEJAK diserang strok pada enam tahun lalu, kehidupan wanita bernama Jamilah Mohamad tidak selincah dahulu.…

11 hours ago

Perpisahan tiada unsur orang ketiga, Redza Syah Azmeer dedah sudah maklumkan perkahwinan kepada Irma Hasmie

PERKAHWINAN, Redza Syah Azmeer Mohd Radzuan dengan wanita pilihan, Nur Hafiza Mohd Salim baru-baru ini…

11 hours ago

Ulang tahun ke-25 Akhyar Rashid tragis disamun 2 perompak, Eyka Farhana setia temani di hospital

PELAKON Eyka Farhana kelihatan menemani pemain sayap Terengganu FC (TFC), Akhyar Rashid selepas lelaki itu…

13 hours ago

Nedim nafi rumah tangga bergolak, akui masih sayangkan Nora. ‘Hanya gaduh-gaduh manja’

EKORAN pengakuan pelakon Nora Danish mengenai kemelut yang melanda rumah tangganya, terbaharu suaminya, Nedim Nazri…

16 hours ago