BUAT ibu bapa yang mempunyai anak berumur lima atau enam tahun bagi memasuki persekolahan Tahun 1 pada tahun hadapan, mohon ambil perhatian.

Menurut pengumuman terkini dari laman sesawang rasmi Sistem Pendaftaran Dalam Talian Kementerian Pendidikan Malaysia (SPATKPM), adalah dimaklumkan bahawa keputusan penempatan Tahun 1/2022 akan dipaparkan dalam sistem Permohonan Tahun 1 Online bermula 1 Ogos bagi semua sekolah di Semenanjung Malaysia KECUALI bagi sekolah-sekolah di Wilayah Persekutuan Putrajaya yang hanya akan dibuka mulai 1 November 2021.

Berikut cara membuat semakan bagi pendaftaran yang telah dibuat bagi sesi 2022 dan 2023 bermula 1 Mac lalu.

1. Layari laman web https://public.moe.gov.my/

2. Tekan butang Log masuk

3. Klik pada Semakan Status Permohonan Tahun 1

4. Setelah itu, pilih Semakan Penempatan

5. Status permohonan murid akan dipaparkan.

Ibu bapa boleh mencetak surat penempatan sekolah dan surat persetujuan kesihatan untuk tujuan rujukan.

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Pendaftaran murid Tahun 1 bagi tahun 2022 dan 2023 kini dibuka

Berikut adalah tindakan yang perlu dilakukan ibu bapa setelah membuat semakan penempatan anak.

Iklan

1. Ibu/bapa/penjaga perlu membuat pengesahan penempatan dalam sistem online.

2. Surat Penempatan dan dokumen pengesahan sekolah tidak perlu dihantar SECARA FIZIKAL ke sekolah. Namun Salinan tersebut perlu DICETAK dan DISIMPAN dengan SELAMAT oleh ibu/bapa/penjaga untuk kegunaan semasa PENDAFTARAN ke sekolah apabila diperlukan.

3. Ibu/bapa/penjaga yang menghadapi masalah dan tidak dapat membuat pengesahan penempatan perlu MENGHUBUNGI SEKOLAH YANG DITEMPATKAN untuk bantuan proses pengesahan tersebut.

Sekiranya ibu bapa ingin membuat permohonan rayuan bagi penempatan yang diterima, boleh ikut panduan ini;

Iklan
  • Permohonan RAYUAN PENEMPATAN hanya dibuat secara ONLINE dalam sistem dan TIADA proses RAYUAN MANUAL.
  • Sekiranya ingin membuat RAYUAN, perakuan online perlu dibuat kerana Butang RAYUAN hanya akan aktif selepas proses PERAKUAN ibu/bapa/penjaga dilaksanakan.
  • Keputusan RAYUAN adalah MUKTAMAD dan perlu DISEMAK sendiri ibu/bapa/penjaga dalam sistem yang sama.
  • Keputusan RAYUAN perlu dicetak dan DISIMPAN oleh ibu/bapa/penjaga dengan SELAMAT untuk kegunaan PENDAFTARAN ke sekolah bila diperlukan.

Baca juga Orang ramai kini boleh beli kit ujian kendiri Covid-19 menerusi aplikasi MySejahtera. Ini caranya

Segala pertanyaan dan masalah mengenai pilihan sekolah, pendaftaran akaun pengguna (ID Pengguna dan Kata Laluan) boleh menghubungi no telefon dan emel mengikut negeri pendaftaran anak atau jagaan tuan/puan melalui sistem SPS di pautan https://public.moe.gov.my/?kpm=hubungi

Semoga bermanfaat!